Anda di sini

Tentera Israel musnah rumah lelaki Palestin disyaki lancar serangan tembakan di Ofra

 Seorang lelaki menggantung gambar Barghouti pada puing rumah Barghouti yang sebahagiannya dimusnahkan oleh tentera Israel di perkampungan Kobar berhampiran Ramallah, dalam wilayah Tebing Barat yang diduduki Israel pada Rabu. — Gambar Reuters
MANGSA KEKEJAMAN ISRAEL: Seorang lelaki menggantung gambar Barghouti pada puing rumah Barghouti yang sebahagiannya dimusnahkan oleh tentera Israel di perkampungan Kobar berhampiran Ramallah, dalam wilayah Tebing Barat yang diduduki Israel pada Rabu. — Gambar Reuters

BAITULMUQADDIS: Tentera Israel pada Rabu memusnahkan rumah seorang penduduk Palestin yang terbunuh sewaktu cubaan untuk menangkapnya kerana disyaki melancarkan satu serangan tembakan pada Disember lalu.

Tujuh orang cedera dalam serangan pada 9 Disember itu berhampiran penempatan Israel di Ofra dalam wilayah Tebing Barat, seorang daripada mereka wanita mengan-dung yang melahirkan bayi pramatang yang kemudian meninggal dunia.

Lelaki bersenjata yang disyaki, Salah Barghouti, maut apabila pasukan keselamatan cuba menangkapnya dalam satu serbuan pada 12 Disember.

Pada Rabu, pegawai kementerian pertahanan dan polis sempadan “memusnahkan pangsapuri di mana Salah Barghouti tinggal” di perkampungan Kobar, ke utara kota Ramallah, Tebing Barat, kata pihak tentera.

Polis sempadan meroboh-kan rumah abang Barghouti, Assam, di kampung yang sama pada 7 Mac lalu.

Assam Barghouti meng-hadapi perbicaraan dalam kes pembunuhan dua askar pada 13 Disember lalu dalam satu serangan tembakan berasingan yang berdekatan.

Dia juga dituduh membantu adiknya melancarkan sera-ngan di Ofra.

Sayap bersenjata pergera-kan Hamas, yang menguasai Semenanjung Gaza dan sudah terbabit dalam tiga peperangan dengan Israel sejak 2008, mengaku Salah Barghouti sebagai salah seorang “pejuang” mereka.

Israel secara rutin memus-nahkan kediaman penduduk Palestin yang dituduh melancarkan serangan ke atas warganya.

Ia berkata langkah itu bertujuan untuk mencegah serangan pada masa depan tetapi kumpulan hak asasi manusia mengecam amalan itu sebagai hukuman kolek-tif kerana anggota keluarga menderita disebabkan oleh tindakan saudara-mara me-reka. — AFP