Anda di sini

Tandukan De Ligt musnahkan impian The Old Lady

Advertisement
 De Ligt (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas tandukannya memastikan Ajax mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara. — Gambar AFP
KEJUTAN BESAR: De Ligt (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas tandukannya memastikan Ajax mara ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara. — Gambar AFP

TURIN, Itali: Ajax mengejutkan Juventus untuk melangkah ke peringkat separuh akhir Liga Juara-Juara buat pertama mereka sejak 1997 apabila tandukan Matthijs de Ligt pada separuh masa kedua mengesahkan kemenangan 2-1 pada perlawanan suku akhir kedua di sini Selasa lepas.

Cristiano Ronaldo, yang memburu kejuaraan yang keenam pada kejohanan ini, membuka jaringan buat Juventus pada minit ke-28 untuk meletakkan Juventus 2-1 di hadapan secara agregat tetapi Donny van de Beek mengikat kedudukan 2-2 sebelum rehat.

De Ligt menjaringkan gol kemenangan pada pertengahan separuh masa kedua untuk keputusan akhir 3-2 dan akan menempah pertemuan menentang sama ada Manchester City atau Tottenham Hotspur.

Skuad muda Belanda itu sudah mengejutkan juara bertahan tiga kali, Real Madrid, ketika melangkah ke suku akhir di mana mereka bangkit dari kekalahan 1-2 pada perlawanan pertama sebelum menang 4-1 di Santiago Bernabeu.

“Ia malam yang hebat untuk Ajax dan pemainnya dan juga untuk bola sepak Belanda,” kata jurulatih Ajax, Erik ten Hag.

“Sekali lagi kami menyingkirkan pasukan pilihan.

“Kami berkata sebelum ini di mana kami bukan pasukan pilihan tetapi dengan falsafah kami, saya fikir kami boleh melangkah jauh dan sekali lagi kami mengatasi had kami.”

Juventus memburu kelayakan ke separuh akhir kejohanan buat kali ketiga dalam lima musim.

Tetapi Ronaldo, yang menjaringkan gol di Ajax minggu lepas, adalah satu-satu senjata utama Juventus ketika menentang Ajax.

Pemain antarabangsa Portugal itu, yang dibeli dengan nilai 100 juta euro dari Real Madrid pada musim panas lepas dalam usaha untuk membantu kelab memenangi kejuaraan Eropah buat kali pertama sejak 1996, apabila menewaskan Ajax di final.

“Ajax selayaknya mara,” kata jurulatih Juventus, Massimiliano Allegri.

“Kami boleh melakukan yang lebih baik lagi tetapi Ajax beraksi dengan cukup cemerlang, mereka adalah finalis Liga Europa dua tahun lepas dan menjaringkan lima gol ketika menentang Real Madrid.

“Ia bukan kekalahan yang terburuk. Kami mempunyai jangkaan yang tinggi tetapi Liga Juara-Juara adalah satu pertandingan yang pelik. Anda harus tiba di kemuncak prestasi.

“Pada bulan lepas, kami bergelut dengan beberapa kecederaan pemain. Malah malam ini (Selasa) kami kehilangan beberapa pemain penting.”

Allegri terpaksa merombak skuad kerana kecederaan pemain, dengan Paulo Dybala diturunkan menggantikan Mario Mandzukic kerana kecederaan dan kapten pasukan, Giorgio Chiellini tidak beraksi kerana belum pulih dari kecederaan.

Pertahanan Ajax berdepan masalah apabila Noussair Mazraoui, yang menggantikan Nicolas Tagliafico kerana penggantungan, terpaksa dikeluarkan seawal minit ke-11 kerana kecederaan dan diganti Daley Sinkgraven.

Penjaga gol Ajax, Andre Onana beraksi tangkas menepis satu cubaan Dybala pada minit ke-20 tetapi Ronaldo menyempurnakan satu tendangan sudut Miralem Pjanic untuk membuka jaringan.

Ia adalah gol ke-126 Ronaldo di Eropah dan gol keenam beliau ke atas Ajax, dengan sembilan gol keseluruhan.

Tetapi Van de Beek menyentak harapan Juventus apabila mengawal umpanan Hakim Ziyech enam minit kemudian dan merembat ke pintu gol untuk mengikat kedudukan secara agregat.

Penyerang remaja, Moise Kean, menggantikan Dybala selepas rehat tetapi Ajax meningkatkan rentak permainan dengan penjaga gol Juventus menepis satu cubaan jarak dekat Ziyech dan kemudian rembatan Van de Beek.

Pertahanan Juventus ternyata bergelut menangani kepantasan serangan Belanda dan asakan demi asakan mereka berhasil apabila De Ligt, 19, dan juga kapten pasukan, menanduk tendangan sudut Lasse Schone pada minit ke-67 untuk meletakkan Ajax di hadapan buat kali pertama.

Ziyech tidak bernasib baik menjaringkan gol ketiga selepas gol beliau dibatalkan ekoran semakan video bantuan pengadil (VAR).

Juventus cuba bangkit tetapi Ronaldo gagal mengulangi kecemerlangannya menjaringkan hatrik ketika bangkit menewaskan Atletico Madrid di pusingan kedua dengan Ajax berjaya bertahan sehingga ke wisel penamat. — AFP

Advertisement