Anda di sini

Sambutan Hari Gawai 2019 nyata amat bermakna bagi 21 keluarga

 Sebahagian penduduk pada majlis pecah tanah rumah panjang baharu mereka bersama Jugah (tengah) Ahad lalu.
GEMBIRA: Sebahagian penduduk pada majlis pecah tanah rumah panjang baharu mereka bersama Jugah (tengah) Ahad lalu.

LUBOK ANTU: Sambutan perayaan Gawai Dayak tahun ini ternyata amat bermakna bagi 21 keluarga dari Rumah Amu Sengkuang, Tinting Kemayau apabila hasrat mereka membina rumah panjang baharu mendapat perhatian wakil rakyat mereka, Ahli Parlimen Lubok Antu Jugah Muyang.

Penduduk berasa terharu dan bersyukur hadiah awal Gawai Dayak 2019 itu amat bermakna bagi mereka.

Penantian 21 keluarga itu berakhir apabila tapak tempat mereka me-rancang mendirikan rumah panjang baharu diratakan dalam tempoh terdekat ini.

“Saya yakin ini menjadi ‘hadiah’ hebat sempena sambutan Hari Gawai Dayak tahun ini,” katanya semasa upa-cara pecah tanah tapak rumah panjang baharu, Rumah Amu Sengkuang di Tinting Kemayau, di sini Ahad lalu.

Majlis dihadiri kira-kira 100 penduduk rumah panjang terbabit yang menunggu sekian lama mendapatkan bantuan membolehkan mereka meratakan tapak  mendirikan rumah panjang baharu.

Jugah berkata, kerajaan persekutuan sentiasa memberi kemudahan terbaik kepada rakyat agar dapat bersama mengecapi kemajuan dan pembangu-nan dirancang seterusnya mampu menjana ekonomi dan meningkatkan taraf hidup rakyat luar bandar.

Selain itu katanya, aspek tersebut menjadi dasar utama kerajaan me-rancang dan melaksanakan pelbagai projek pembangunan bagi memajukan rakyat.

“Adalah menjadi dasar kerajaan persekutuan mempercepatkan pembangunan di luar bandar bagi me-rapatkan jurang kemiskinan dengan bandar,” katanya.

Justeru, Jugah meminta rakyat di Parlimen Lubok Antu memberi kerja-sama dengan kerajaan persekutuan ketika projek pembangunan dilaksanakan di penempatan mereka bagi melancarkan projek dirancang.

“Masyarakat digesa terus memberi sokongan penuh kepada kita untuk merealisasikan agenda dan dasar pembangunan kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya.