Anda di sini

Jutaan rakyat Indonesia keluar mengundi

Advertisement
 Orang ramai dilihat memakai kostum adiwira ketika mereka menanda undi  untuk membuat pilihan mereka di sebuah pusat undian sewaktu pilihan raya di Badung, Bali,                     Indonesia pada Rabu dalam gambar yang diambil oleh Antara Foto ini. — Gambar Reuters
PILIH YANG TERBAIK: Orang ramai dilihat memakai kostum adiwira ketika mereka menanda undi untuk membuat pilihan mereka di sebuah pusat undian sewaktu pilihan raya di Badung, Bali, Indonesia pada Rabu dalam gambar yang diambil oleh Antara Foto ini. — Gambar Reuters

JAKARTA: Di 17,000 pulau, dari hutan Borneo hingga ke kampung setinggan di Jakarta, jutaan rakyat Indonesia pada Rabu keluar mengundi untuk memilih presiden dan ahli parlimen dalam salah satu amalan demokrasi terbesar di dunia.

Kuda, gajah, motosikal, bot dan pesawat telah dikerah untuk berkhidmat bagi membawa peti undi ke seluruh kepulauan yang besar dan luas itu.

Lebih 190 juta pengundi memilih antara presiden sekarang yang dipuji kerana projek infrastrukturnya, de-ngan seorang nasionalis yang lantang dan ada kaitan dengan kepimpinan kuku besi yang kejam.

Azan bergema di seluruh negara sepanjang 4,800 kilometer, di mana hampir 90 peratus daripada populasi adalah Muslim, apabila undian bermula pada awal pagi di wilayah bergolak Papua di bahagian timur.

Kempen telah dicemari usaha untuk memburukkan satu sama lain dan berita palsu dalam talian – kebanyakannya ditujukan kepada calon presiden – yang mengugut untuk mempengaruhi jutaan pengundi yang belum membuat keputusan.

Mendahului tinjauan, Presiden Joko Widodo, 57, telah menarik perhatian kepada kem-pennya yang bercita-cita tinggi untuk membina jalan yang amat diperlukan, lapangan terbang dan infrastruktur lain di seluruh ekonomi terbesar di Asia Tenggara itu.

Namun Widodo, ahli politik luar lingkungan dengan per-sonaliti biasa ketika beliau mengecapi kemenangan pada 2014, telah menyaksikan rekodnya berhubung hak asasi manusia dikritik ekoran pe-             ningkatan dalam serangan yang mendiskriminasikan ma-syarakat agama minoriti dan lain-lain, termasuk komuniti LGBT yang kecil, manakala golongan konservatif Islam menjadi lebih lantang dalam kehidupan awam.

Tindakannya memilih ulama konservatif Ma’ruf Amin sebagai calon gandingannya turut menimbulkan kebimbangan mengenai masa depan Indonesia bagi Islam yang sederhana.

Widodo – seorang Muslim yang mengamalkan kepercayaannya dan pernah berdepan dengan keraguan menge-nai kewarakannya – terbang ke Mekah, tempat kelahiran agama Islam, untuk melakukan umrah sebelum pilihan raya pada Ahad lepas.

“Sokongan bagi Widodo jelas kurang sekarang,” kata Kevin O’Rourke, seorang penganalisis risiko politik yang berpangkalan di Indonesia.

“Popularitinya masih tinggi tetapi beliau bukan lagi tokoh yang memberi inspirasi seperti lima tahun lalu.”

Dibesarkan di sebuah pondok buluh dalam sebuah kampung setinggan tepi sungai, Widodo yang bersuara lembut amat berbeza sekali dengan pencabarnya Prabowo Subianto, 67, seorang pemimpin tegas yang cenderung ke arah golo-ngan konservatif Islam dan berjanji untuk meningkatkan lagi perbelanjaan ketenteraan dan pertahanan.

Sambil mengulangi slogan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, beliau juga berjanji untuk “mengutamakan Indonesia” dengan menyemak semula pelaburan China bernilai berbilion dolar.

Cita-cita sekian lama Su-bianto untuk menjadi presiden dicemari masa silam yang berwarna-warni dan hubungan erat dengan kepimpinan kuku besi Suharto, yang tumbang dua dekad lalu dan membuka pintu kepada apa ekonomi yang kini ketiga terbesar di dunia.

Beliau mengarahkan penculikan aktivis demokrasi ketika rejim kuku besi itu tumbang pada 1998, dan dituduh melakukan kekejaman di Timor Timur (sekarang Timor Leste).

Subianto – yang sudah bertindak untuk melembutkan imejnya dengan akaun Instagram yang memaparkan ku-cingnya Bobby – menegaskan beliau yakin dapat membuat kejutan dengan memenangi pilihan raya, di samping calon gandingannya Sandiaga Uno, seorang pembiaya kaya ber-usia 49 tahun.

“Saya sangat yakin,” kata-nya kepada pemberita di Jawa Barat yang kaya dengan undi selepas beliau membuang undinya.

Beliau tewas tipis kepada Widodo dalam pilihan raya pada 2014.

Seramai 245,000 calon bertanding untuk jawatan awam, daripada jawatan presiden hingga kepada kerusi parlimen dan jawatan tempatan – kali pertama semua pemilihan diadakan pada hari yang sama.

Kira-kira dua juta anggota tentera dan pasukan perlin-dungan awam dikerahkan untuk memastikan pilihan raya berjalan lancar, termasuk di Papua yang bergunung-ganang di mana pemberontak sudah berperang selama berdekad-dekad untuk berpisah daripada Indonesia.

Pegawai pilihan raya Papua yang memakai hiasan kepala tradisional dan skirt rumput, manakala orang lain memakai kostum adiwira untuk menghibur pengundi di bahagian lain di negara itu.

Siri “kiraan cepat” dijangka akan memberi petunjuk yang boleh dipercayai bagi pemenang pilihan raya presiden lewat Rabu.

Keputusan rasmi hanya dijangka diketahui pada Mei. — AFP

Advertisement