Anda di sini

Guna dron tangkap pelaku pembakaran terbuka

Advertisement
 Lee (tengah, berbaju cerah) melakukan tinjauan ke lokasi kebakaran terbabit Selasa lalu.
TINJAU: Lee (tengah, berbaju cerah) melakukan tinjauan ke lokasi kebakaran terbabit Selasa lalu.

MIRI: Pihak berkuasa mungkin mempertimbang penggunaan dron bagi menangkap pelaku di sebalik pembakaran terbuka yang menjejaskan lebih 100,000 penduduk di Senadin, Tudan dan Permyjaya di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Datuk Lee Kim Shin berkata, beliau memaklumkan kepada Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) bagi mempertimbang penggunaan dron untuk me-ngenal pasti individu melakukan pembakaran terbuka.

“Hanya kerana beberapa orang tidak bertanggungjawab melakukan pembakaran terbuka terutama semasa musim kering ini, semua orang terpaksa menderita kerana jerebu,” katanya ketika dihubungi Utusan Borneo di sini semalam.

Beliau menjelaskan, individu-individu disyaki melakukan perkara tersebut harus ditangkap dan dihukum mengikut undang-undang agar dijadikan pengajaran kepada orang lain supaya kita tidak perlu menghadapi isu pencemaran udara pada tahun-tahun mendatang.

“Terdapat dua keadaan di mana terdapat pesalah-pesalah ditangkap ketika mereka ‘terkantoi’ melakukan pembakaran terbuka dan terdapat beberapa masih belum ditangkap kerana kekurangan bukti.

“Mereka ini perlu ditangkap kerana melakukan perbuatan terbabit, sebab itu saya cada-ngkan penguat kuasa menggunakan dron,” katanya.

Bandar raya ini diselubungi asap tebal pada Isnin lalu menyebabkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 103 iaitu tidak sihat kelmarin.

Bagaimanapun, bacaan itu turun ke paras sederhana pada sebelah petang dan semalam, terima kasih kepada lebih 60 pegawai dan anggota bomba serta sukarelawan bekerja sepanjang masa mengawal kebakaran hutan tanah gambut dan ladang kelapa sawit di Kuala Baram sejak Isnin lalu.

Sementara itu, Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 6 Miri Penguasa Kanan Bomba I Law Poh Kiong berkata kerja pemasangan sistem ‘Hydrosub’ bagi membanjiri kawasan kebakaran tanah gambut dilakukan malam kelmarin.

“Pengisian air ke dalam petak dilakukan mulai jam 11 malam dan masih diteruskan  sehingga hari ini (semalam).

“Tinjauan kawasan diisi air oleh ‘Hydrosub’ menunjukkan perkembangan amat positif dengan kebanyakan kawasan didapati berair serta lembap. Semoga keadaan ini mampu mengurangkan asap jerebu dengan cepat,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement