Anda di sini

AirAsia promosi cita rasa gastronomi eksklusif Lanzhou bersama Restoran Al Amber

Advertisement
 Mi Tarik Lanzhou atau lamian dan pelbagai masakan asli masyarakat Lanzhou disediakan khas oleh cef yang berasal dari Lanzhou dalam mempromosikan tempat pelancongan utama yang terdapat di sekitar ibu kota Daerah Gansu, China.
UNIK: Mi Tarik Lanzhou atau lamian dan pelbagai masakan asli masyarakat Lanzhou disediakan khas oleh cef yang berasal dari Lanzhou dalam mempromosikan tempat pelancongan utama yang terdapat di sekitar ibu kota Daerah Gansu, China.

KUALA LUMPUR: Bersempena dengan pelancaran perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah AirAsia terus dari Kuala Lumpur ke Lanzhou bermula 1 Mei ini, AirAsia telah bekerjasama bersama Restoran Cina Muslim Al Amber untuk mempromosikan Lanzhou, melalui pengalaman gastronomi unik daerah tersebut.

Ketua Komersil China AirAsia Jurvena Lee berkata, trend melancong dengan tujuan mencuba makanan yang enak serta melihat kebudayaan unik di sesebuah negara dilihat semakin popular dalam kalangan pelancong dan Lanzhou  menawarkan pengalaman perjalanan yang unik.

“Dengan adanya perkhidmatan terus eksklusif dan tambang rendah, destinasi tersebut kini menjadi lebih mudah diakses dengan AirAsia.

“Di samping makanan dan kebudayaan, terdapat banyak tarikan destinasi semula jadi yang menakjubkan di sekitar Daerah Gansu termasuk Gunung Wuquan, Taman Geo Zhangye, Jiuquan, Dunhuang Mogao Grottoes, Crescent Spring, dan Jiayuguan,” katanya.

Bagi Pengarah Urusan Serantau Restoran Cina Muslim Al Amber, Cui Wei yang juga dikenali sebagai Haji Ismail, pihaknya ingin menghubungkan Lanzhou dan Malaysia melalui Mi Tarik Lanzhou asli.

“AirAsia bakal menghubungkan kedua-dua destinasi ini dengan perkhidmatan penerbangan terus dan kami melihat ini sebagai satu potensi besar untuk mempromosikan Lanzhou sebagai destinasi pelancongan buat para tetamu.

“Kami juga amat berbangga dengan kolaborasi ini dan pada masa sama teruja untuk bekerjasama dengan lebih lanjut bagi mempromosi perjalanan anatar dua destinasi ini,” tambah beliau.

Al Amber adalah rangkaian restoran dengan 30 cawangan di China termasuk 15 di sekitar wilayah Gansu. Malaysia adalah lokasi antarabangasa restoran ini dengan tiga cawangan di Pavilion Kuala Lumpur, Nexus Bangsar South dan Pusat Beli-Belah 1 Utama.

Tambang ke Lanzhou bermula dari RM249 bagi tempat duduk biasa dan RM889 bagi tempat duduk Premium Flatbed.

Tetamu juga boleh menempah hotel di Lanzhou dengan serendah RM119 semalam, dan menikmati potongan Flatbed 5 peratus tambahan dengan menggunakan kod diskaun HOTEL5.

AirAsia bakal beroperasi ke 24 bandar di China dari pelbagai hab sekitar rantau ini termasuk Malaysia, Filipina dan Thailand.

Pada bulan lepas sahaja kumpulan syarikat penerbangan tersebut mengumumkan perluasan jaringan ke China, termasuk Lanzhou, Quanzhou dan Shenyang, dalam usaha mengukuhkan posisi sebagai syarikat penerbangan luar terbesar di China.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh melayari laman web airasia.com atau aplikasi mudah alih AirAsia untuk melakukan tempahan bermula dari sekarang sehingga 21 April 2019, bagi tempoh perjalanan 1 May 2019 hingga 26 Oktober 2019.

  • oleh
  • Advertisement