Anda di sini

Wanita Kampung Rebak didedah kepentingan saringan kesihatan

Advertisement
 Penduduk kampung, penganjur dan tetamu undangan bergambar kenangan bersama.
DAPAT SAMBUTAN: Penduduk kampung, penganjur dan tetamu undangan bergambar kenangan bersama.

GOLONGAN wanita Kampung Rebak, Asajaya diberi pendedahan berkaitan kepentingan saringan kesihatan dan gaya hidup sihat untuk kesejahteraan keluarga.

Program yang dianjur Panel Penasihat Klinik Kesihatan Asajaya dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rebak itu berjaya menarik penyertaan 300 wanita.

Majlis penutupan telah dirasmikan oleh Pakar Perunding Perubatan Keluarga KK Asajaya Dr Maziah Ishak baru-baru ini, bersempena dengan sambutan Hari Wanita Sedunia.

“Kita bukan sahaja mahu meningkatkan kesedaran mereka tentang amalan gaya hidup sihat, tetapi juga kepentingan penjagaan kesihatan terutama bagi golongan wanita yang kian meningkat umurnya,” katanya ketika berucap pada Program Kesihatan Wanita di Dewan Masyarakat Kampung Rebak.

Wanita katanya, perlu menimba sebanyak mana pengetahuan berkaitan untuk menangani banyak perkara dalam kehidupan mereka yang kian mencabar.

 Senamrobik, salah satu cara gaya hidup sihat yang perlu diamalkan oleh golongan wanita untuk penjagaan diri yang optimum.
CERGAS: Senamrobik, salah satu cara gaya hidup sihat yang perlu diamalkan oleh golongan wanita untuk penjagaan diri yang optimum.

Pada masa sama mereka perlu menitikberatkan soal kesihatan dan perlu mengetahui prosedur rawatan, simptom dan sebagainya.

Saringan kesihatan turut dijalankan pihak penganjur untuk membantu golongan wanita di Kampung Rebak.

Turut hadir ialah Pengerusi Panel Penasihat Klinik Kesihatan Asajaya Gerunsin Luyoh, wakil Penghulu Kampung Rebak Saei Embon, Pegawai Perubatan Primer PKB Samarahan Dr Madhiyyah Azmi dan jurulatih kecergasan Abbas Salimin.

  • oleh
  • Advertisement