Anda di sini

Tiada lagi kesan badak sumbu sumatera

Advertisement
CHRISTINA Liew (kanan) bersalaman dengan Manis Buka Mohd Darah (Warisan-Bugaya, dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Datuk Hamisa Samat (Warisan-Tanjung Batu, kiri).
CHRISTINA Liew (kanan) bersalaman dengan Manis Muka Mohd Darah (Warisan-Bugaya, dua dari kiri) sambil diperhatikan oleh Datuk Hamisa Samat (Warisan-Tanjung Batu, kiri).

KOTA KINABALU: Hasil kajian Jabatan Hidupan Liar menunjukkan tiada lagi kesan kewujudan badak sumbu sumatera di negeri ini.

Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Datuk Christina Liew berkata, kajian berkenaan turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) seperti Borneo Rhino Alliance dan Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Malaysia.

Menurutnya, kajian populasi spesies berkenaan dijalankan di Hutan Simpan Ulu Segama, Hutan Simpan Ulu Malua dan Rizab Hidupan Liar Tabin.

Kawasan-kawasan berkenaan, jelasnya, sebelum ini dikenal pasti mempunyai populasi badak sumbu sumatera.

"Antara kaedah kajian termasuklah menjelajah di hutan untuk mengesan kehadiran badak dan juga memasang kamera perangkap.

"Bagaimanapun, tiada gambar badak sumbu sumatera dapat dirakamkan dan ini bermakna kawasan berkenaan tidak lagi mempunyai populasi badak sumbu sumatera," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Calvin Chong Ket Kiun (DAP-Elopura) mengenai laporan penemuan tapak kaki badak sumbu sumatera selepas 2016.

Christina berkata, Hutan Simpan Ulu Segama dan Rizab Hidupan Liar Tabin masih lagi sesuai sebagai habitat badak sumbu sumatera walaupun tiada lagi kewujudan spesies berkenaan.

  • oleh
  • Advertisement