Anda di sini

Spesies kerapu baharu, Echo Grouper berjaya dihasilkan

Advertisement
SHAFIE (dua, kiri) tertarik dengan spesies baharu ikan Echo Grouper iaitu ikan hasil kacukan ketika melakukan pelancaran spesies baharu ikan itu di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.
SHAFIE (dua, kiri) tertarik dengan spesies baharu ikan Echo Grouper iaitu ikan hasil kacukan ketika melakukan pelancaran spesies baharu ikan itu di lobi bangunan Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

KOTA KINABALU: Spesies baharu ikan kerapu, Echo Grouper berjaya dihasilkan di bawah Program Pemantauan Residu Akuakultur (ARMP) oleh Jabatan Perikanan.

Kajian selama kira-kira lima bulan oleh peserta sukarela program, Bayu Aquaculture Sdn Bhd itu menemukan Echo Grouper melalui pembiakan secara kacukan balik.

Kajian juga menunjukkan spesis itu boleh mencapai saiz 12 sentimeter dalam tempoh 150 hari, menyamai tahap tumbesaran yang hampir sama dengan kerapu gergasi (Giant Grouper).

Ia dilancarkan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di lobi Dewan Undangan Negeri Sabah hari ini.

Mengulas mengenai pelancaran spesies baharu ikan Kerapu itu, Mohd Shafie berkata ia adalah satu spesies yang diperoleh melalui proses pengklonan daripada beberapa spesies ikan Kerapu.

“Saya difahamkan spesies baharu yang dinamakan sebagai Echo Grouper itu berjaya dihasilkan dalam jangka masa tiga hingga lima tahun kerana banyak yang perlu dikenal pasti untuk membuat klon berkenaan.

“Kejayaan ini kita sangat alu-alukan dan kita berharap penemuan seumpama ini dapat ditingkatkan dan selepas itu kita dapat membantu masyarakat nelayan untuk menternak ikan berkenaan,” katanya.

Advertisement