Anda di sini

Pegawai veterinar maut dilanggar motosikal

Advertisement
Mangsa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan sebelum meninggal dunia beberapa jam kemudian.

KUCHING: Seorang pegawai veterinar meninggal dunia akibat kecederaan parah selepas dilanggar motosikal ketika menyeberang jalan di Satok, di sini pada Selasa.

Mangsa dikenali sebagai Dr Mohammad Hatta Mohamad Ramlee berasal dari Jalan Astana, Petra Jaya.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata dalam kejadian sekitar 1.20 tengah hari itu, mangsa yang melalui lintasan zebra, Jalan Kulas dilanggar sebuah motosikal yang datang dari arah Jambatan Satok menuju ke Jalan P. Ramlee.

“Akibat kemalangan menyebabkan pejalan kaki (mangsa) terlambung ke hadapan, manakala penunggang motosikal terjatuh dari motosikal dan tertiarap di jalan raya.

“Pejalan kaki bagaimanapun disahkan meninggal dunia semasa dirawat di Jabatan Kecemasan dan Trauma Hospital Umum Sarawak (HUS) pada pukul 8.11 malam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, penunggang motosikal, 22, dilaporkan masih menerima rawatan di HUS.

Siasatan lanjut kes masih dijalankan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


 

  • oleh
  • Advertisement