Anda di sini

Lapan pemain wakili Sarawak ke pertandingan petanque Piala PPM

Advertisement
 Pemenang wanita pertandingan sukan petanque peringkat negeri Sarawak merakam gambar bersama Othman, Janudin (berdiri tiga dan empat kiri) serta yang lainnya.
TERBAIK: Pemenang wanita pertandingan sukan petanque peringkat negeri Sarawak merakam gambar bersama Othman, Janudin (berdiri tiga dan empat kiri) serta yang lainnya.

BINTULU: Seramai lapan pemain merangkumi empat lelaki dan empat wanita mewakili Sarawak ke Pertandingan Petanque Perseorangan Kebangsaan Piala Persekutuan Petanque Malaysia (PPM) pada 27 hingga 28 April ini di Seremban Negeri Sembilan.

Pemain-pemain itu terdiri daripada Muhd Fuad Augustine Abdullah dari Sri Aman, Muhammad Aiman Yusoh Azih dan Sufiqriyani Edie dari Betong, Mohammad Fazlie Hisham Sapiee dari Kuching, Azman Adenan dari Bintulu, Nur Atiqah Abdullah @Margaret dari Sarikei, Mahariah Rahim dari Limbang dan Fatimah Nahar dari Mukah.

Pemain itu dipilih semasa saringan dalam Pertandingan Sukan Petanque Negeri Sarawak yang telah diadakan pada 13 dan 14 April di Arena Petanque Kampung Jepak di sini.

Hadir menyampaikan hadiah kepada para pemain pertandingan itu ialah Presiden Persatuan Petanque Negeri Sarawak (PEPSAR) Othman Mat.

Othman berkata, pertandingan itu disertai wakil setiap persatuan sukan petanque di beberapa bahagian negeri Sarawak membabitkan 11 bahagian kecuali Kapit tidak menghantar wakilnya.

“Setiap bahagian menghantar empat pemain lelaki dan empat pemain wanita terbaik dengan keseluruhannya 88 pemain,” katanya.

Turut hadir dalam pertandingan peringkat negeri itu Naib Presiden PEPSAR Abang Shamsudin Abang Ahmad, Setiausaha Kehormat PEPSAR Janudin Abdul Rahman dan Ahli Jawatankuasa PEPSAR merangkap pengurus pasukan Sarawak ke Piala PPM 2019 Hinsan Ra’ee.

Advertisement