Anda di sini

KPLB Sabah belum terima penurunan kuasa

Advertisement
TIMBALAN Ketua Menteri Datuk Christina Liew (kanan) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick (tiga dari kanan) berbual bersama Adun Lumadan Matbali Musah (kiri), Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury (dua dari kiri) serta Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Chong Chen Bin (dua dari kanan) di Persidangan DUN Sabah hari ini.
TIMBALAN Ketua Menteri Datuk Christina Liew (kanan) dan Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick (tiga dari kanan) berbual bersama Adun Lumadan Matbali Musah (kiri), Adun Kuala Penyu Datuk Limus Jury (dua dari kiri) serta Pembantu Menteri Perdagangan dan Perindustrian Chong Chen Bin (dua dari kanan) di Persidangan DUN Sabah hari ini.

KOTA KINABALU: Kerjasama di antara Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) Sabah dan kerajaan Persekutusn terus dipertingkatkan walau kerajaan negeri belum menerima penurunan kuasa.

Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Ewon Benedick berkata, satu Jawatankuasa Bersama Khas melibatkan tiga peringkat jawatankuasa turut ditubuhkan bagi membantu kerjasama di antara kedua-dua pihak.

"KPLB Persekutuan ada pejabat cawangan di sini dan mereka yang melaksanakan projek-projek bersama pejabat daerah.

"Kita juga memuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas satu terma rujukan bagi Jawatankuasa Bersama Khas.

"Ia bagi membincangkan pelaksanaan bagi Projek Jalan Perhubungan Desa (JPD) dan Projek Ameniti Sosial dari semasa ke semasa," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Jamawi Jaafar (Warisan-Kemabong) mengenai penurunan kuasa dari KPLB Persekutuan kepada KPLB negeri Sabah.

Ewon berkata, tahun ini peruntukan yang disediakan untuk pelaksanaan Projek JPD dari kerajaan Persekutuan sebanyak RM20 juta, iaitu RM10 juta sedang dilaksanakan dan RM10 juta lagi untuk Projek Ameniti Sosial.

Dalam pada itu, katanya, sebanyak lima projek pembangunan untuk daerah Ranau sedang dalam pelaksanaan membabitkan peruntukan melebihi RM400 juta.

Selain itu, lima lagi projek bakal dijalankan di kawasan Ranau antaranya Loji Rawatan Air Kundasang dengan anggaran kos kira-kira RM161 juta.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Dr Joachim Gunsalam (PBS-Kundasang) berhubung program yang dilaksanakan di daerah Ranau di bawah Indeks Pelan Pembangunan.

  • oleh
  • Advertisement