Anda di sini

Guardiola sedia ubah nasib The Citizens hari ini

Advertisement
 Guardiola (kiri) bercakap ketika menjawab soalan daripada media pada sidang media menjelang aksi menentang Spurs di Etihad, Manchester hari ini. — Gambar Reuters
IKRAR BANGKIT: Guardiola (kiri) bercakap ketika menjawab soalan daripada media pada sidang media menjelang aksi menentang Spurs di Etihad, Manchester hari ini. — Gambar Reuters

MANCHESTER, England: Manchester City masih berada di landasan mencipta satu sejarah dengan memenangi empat kejuaraan musim ini tetapi memenangi satu kejuaraan yang akan menilai tempoh Pep Guardiola di kelab bergantung kepada kebangkitan pada perlawanan suku akhir kedua Liga Juara-Juara menentang Tottenham Hotspur hari ini selepas tewas 0-1 pada perlawanan pertama.

Usaha sekian lama City untuk mendapatkan Guardiola sudah membuahkan beberapa hasil di peringkat domestik.

Rekod mata Liga Perdana, rekod gol dan kemenangan telah diperbaharui ketika muncul juara musim lepas.

Anak buah Guardiola juga berada di landasan menjadi kelab pertama dalam tempoh satu dekad yang berjaya mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris walaupun Liverpool, juara liga 18 kali, mempamerkan apa yang dijangka rekod mata kelab.

City sudah mempertahankan kejuaraan Piala Liga Inggeris dan menjadi pilihan untuk memenangi final Piala FA menentang Watford bulan hadapan.

Bagaimanapun, jauh dari kejayaan bekas pengurus Roberto Mancini dan Manuel Pellegrini yang juga memenangi kejuaraan liga pada satu dekad sejak kelab dibeli hartawan Abu Dhabi.

Pelan utama untuk Guardiola ialah untuk membimbing City memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara, yang masih belum beliau lakukan setakat ini.

Guardiola sering menggunakan kekurangan pengalaman City dalam bola sepak Eropah sebagai alasan. Jika City menewaskan Spurs hari ini, ia merupakan penampilan kedua kelab di peringkat separuh akhir.

“Kami masih golongan remaja dalam pertandingan ini,” kata Guardiola sebelum pasukannya membelasah Schalke 0-7 pada perlawanan kedua pusingan kedua kejohanan.

Namun, bukan Real Madrid, Barcelona atau Bayern Munich yang menyingkirkan City pada dua musim pertama tetapi Monaco dan Liverpool.

Tersingkir kepada pasukan Spurs yang ketinggalan 16 mata di belakang City dalam liga dan menghabiskan hampir separuh gaji skuad City akan memberikan kekecewaan besar kepada satu musim yang hampir sempurna setakat ini.

“Ia satu cabaran yang baik untuk kami. Anda harus hidup sebagai sebuah kelab, sebagai pemain jika kami boleh melakukannya,” kata Guardiola selepas perlawanan pertama.

“Kami mempunyai perlawanan kedua. Ia kelihatan agak sukar tetapi setiap hari, setiap masa yang berlaku, ia semakin hampir.”

Guardiola juga dikritik kerana dituduh terlalu memikirkan pemilihan skuad dan taktik dalam Liga Juara-Juara selepas tewas kepada Spurs minggu lepas.

Ia sekarang 10 perlawanan dan lapan tahun sejak skuad kendalian Guardiola menang di tempat lawan pada perlawanan suku akhir atau separuh akhir Liga Juara-Juara, walaupun memiliki bakat luar biasa di Barca, Bayern dan City.

Guardiola mencipta nama dengan memenangi Piala Eropah sebanyak dua kali di antara 14 kejuaraan sepanjang empat tahun di Barcelona.

Pada tempoh tiga tahun di Bayern, beliau memenangi kejuaraan Bundesliga Jerman sebanyak tiga tahun berturut-turut dan dua Piala Jerman tetapi tewas di separuh akhir Liga Juara-Juara kepada Real Madrid, Barca dan Atletico Madrid.

Kegagalan melangkah ke separuh akhir pada tiga musim pertama di City akan menyaksikan rekod beliau tercemar sebagai pakar Liga Juara-Juara. — AFP

Advertisement