Anda di sini

Empat maut dalam tembakan ‘disasarkan’ di Kanada: Polis

 Pegawai polis bersenjata mencari seorang suspek di Haynes Street, sewaktu siri serangan di mana empat orang ditembak mati, di Penticton, British Columbia pada Isnin. — Gambar Reuters
SEGERA BERTINDAK: Pegawai polis bersenjata mencari seorang suspek di Haynes Street, sewaktu siri serangan di mana empat orang ditembak mati, di Penticton, British Columbia pada Isnin. — Gambar Reuters

MONTREAL: Empat orang ditembak mati pada Isnin di tiga kawasan  di pekan Penticton di barat Kanada, kata polis persekutuan, menggambarkan tembakan sebagai insiden yang disasarkan.

 “Kami telah memastikan terdapat empat orang terbunuh di tiga lokasi dalam lingkungan jarak empat kilo-meter,” kata Pesuruhjaya Ted De Jager pada satu sidang media.

Seorang lelaki berusia 60 tahun menyerah diri dan ditahan selepas pihak polis dihubungi bagi dua pembunuhan pertama pada lewat pagi Isnin, menurut De Jager.

Penyiasat kemudian me-nemui mayat dua mangsa lagi semasa pencarian di subbandar tersebut, dengan populasi seramai kira-kira 30,000 orang.

Motif masih belum diketahui pada malam Isnin, namun semua mangsa dan suspek saling mengenali satu sama lain, lapor media tempatan.

“Kami dapat menentukan bahawa ini adalah satu insiden yang disasarkan,” kata De Jager. — AFP