Anda di sini

Bekas gabenor Massachusetts umum sertai pilihan raya presiden AS

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan Weld berucap di hadapan penyokongnya di rapat umum di New York  pada 10 September 2016. — Gambar Reuters
TURUT SERTA: Gambar fail menunjukkan Weld berucap di hadapan penyokongnya di rapat umum di New York pada 10 September 2016. — Gambar Reuters

WASHINGTON: Bekas gabenor Massachusetts Bill Weld pada Isnin secara rasmi mengumumkan dirinya sebagai calon merebut jawatan presiden Amerika Syarikat (AS), menjadi Republikan pertama mencabar Presiden Donald Trump dalam pilihan raya Presiden 2020, lapor agensi berita Xinhua.

“Suara rakyat Amerika telah diabaikan dan negara kita sedang menderita. Sudah tiba masanya kembali kepada prinsip Lincoln iaitu kesamaan, maruah dan peluang kepada semua,” kata Weld dalam satu kenyataan.

Weld yang menjadi gabenor Massachusetts dari 1991 hingga 1997 merupakan pengkritik utama terhadap pentadbiran Trump.

“Saya fikir jika dalam tempoh enam tahun lagi kita ditadbir oleh pihak yang sama ia boleh menjadi satu tragedi politik,” kata Weld.

Calon berusia 73 tahun itu baru-baru ini menyertai semula Parti Republikan selepas menghabiskan beberapa tahun sebagai pendukung kebebasan.

Selain itu, bekas Gabenor Ohio John Kasich dan Gabenor Maryland Larry Hogan juga dikatakan sedang mempertimbangkan sama ada akan menjadi calon untuk mencabar Trump. — Bernama

Advertisement