Anda di sini

Sudan pecat utusan khas ke Washington

Advertisement
 Gambar fail 3 April, 2017 menunjukkan Atta bercakap semasa persidangan mengenai cabaran keselamatan di seluruh Afrika, di Khartoum. — Gambar AFP
KENA PECAT: Gambar fail 3 April, 2017 menunjukkan Atta bercakap semasa persidangan mengenai cabaran keselamatan di seluruh Afrika, di Khartoum. — Gambar AFP

KHARTOUM: Majlis peralihan tentera Sudan pada Ahad berkata ia memecat utusan khas Khartoum ke Washington beberapa hari selepas tentera menggulingkan pemimpin veteran Omar al-Bashir.

Majlis peralihan tentera telah memutuskan untuk memecat charge d’affaires Sudan ke Washington, Mohamed Atta, jurucakap majlis Leftenan Shamseddine Kabbashi memberitahu wartawan.

Atta, bekas ketua Perkhidmatan Keselamatan dan Perisikan Negara (NISS) yang digeruni, dilantik pada Julai 2018  pada satu masa ketika hubungan antara kedua-dua negara memasuki fasa baharu selepas Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan selama beberapa dekad terhadap Sudan.

Beliau telah menjadi sebahagian daripada pasukan yang melakukan rundingan untuk menamatkan embargo daga-ngan pada Oktober 2017.

AS melaksanakan sekatan terhadap Khartoum pada 1997 bagi sokongannya kepada militan Islamis.

Pengasas Al-Qaeda, Osama bin Laden, menetap di Sudan dari 1992 hingga 1996.

Di bawah Atta, NISS telah mempertingkatkan tindakan menyeluruh terhadap aktiviti pembangkang dan liputan media antikerajaan.

Atta digantikan sebagai ketua NISS oleh Salih Ghosh, yang meletakkan jawatan selepas al-Bashir digulingkan pada Khamis lepas.

Pada Ahad, majlis per-alihan tentera melantik Abu Baker Mustafa sebagai ketua NISS. — AFP

Advertisement