Anda di sini

Minyak nuklear dipindah dari loji kuasa Fukushima

Advertisement
 Pekerja TEPCO menjelaskan tentang operasi di bangunan reaktor tiga di loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi di bandar Okuma, wilayah Fukushima dalam gambar diambil oleh agensi berita Kyodo. — Gambar Reuters
OPERASI BERBAHAYA: Pekerja TEPCO menjelaskan tentang operasi di bangunan reaktor tiga di loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi di bandar Okuma, wilayah Fukushima dalam gambar diambil oleh agensi berita Kyodo. — Gambar Reuters

TOKYO: Syarikat yang menguruskan loji kuasa Fukushima yang tidak lagi berfungsi pada Selasa mula memindahkan minyak atom dari dalam sebuah bangunan yang menempatkan salah sebuah reaktor yang mencair pada 2011.

Operasi yang sangat sukar itu menunjukkan kali pertama pihak Tokyo Electric Power Co (TEPCO) mengeluarkan minyak dari dalam sebuah bangunan yang tercemar dengan teruk mengandungi  reaktor yang mencair dan ia sudah melebihi masa empat tahun yang dijadualkan.

Disebabkan oleh paras radiasi yang tinggi, para juruteknik menggunakan peralatan kawalan jauh bagi mendapatkan minyak dari sebuah “kolam penyimpanan” di dalam bangunan.

TEPCO menganggarkan ia akan mengambil masa  kira-kira dua tahun bagi memindahkan 566 unit minyak nuklear, kebanyakannya telah terbuang.

Para jurutera memerlukan masa untuk membersihkan serpihan gempa bumi di dalam bangunan, sementara menghadapi pelbagai cabaran teknikal yang lain, kata jurucakap TEPCO Yuka Matsubara.

“Kami perlu melakukannya secara berhati-hati (bagi memindahkan serpihan), dan kami perlu mengambil beberapa langkah kerana debu mungkin terhembus naik dan menambahkan bacaan radiasi,” katanya.

Jurutera TEPCO masih belum mencuba untuk mengeluarkan minyak nuklear yang cair yang masih berada di dalam reaktor yang mus-nah. Ini dianggap sebagai tugas yang paling sukar dalam operasi pembersihan besar-besaran dan ia tidak dijangka akan bermula sehingga 2021.

Dalam bencana nuklear terburuk sejak Chernobyl pada 1986,  reaktor satu, dua dan tiga di loji kuasa Fukushima Daiichi telah mencair selepas gempa bumi dan tsunami melanda Jepun pada 2011.

Reaktor empat hingga enam telah tidak digunakan pada masa itu bagi pemeriksaan dan tidak mengalami kecairan, walaupun reaktor empat meng-alami kerosakan akibat satu letupan dalam masa beberapa hari selepas tsunami.

Pada Disember 2014, TEPCO telah selesai mengeluarkan semua 1,535 unit minyak nuklear yang disimpan di dalam kolam simpanan di reaktor empat.

Pihak syarikat menyasarkan untuk melakukan operasi yang sama bagi bangunan untuk reaktor satu dan dua pada 2023 sebagai sebahagian daripada rancangan empat dekad untuk memusnahkan seluruh loji Fukushima. — AFP

Advertisement