Anda di sini

Hina Nabi, Alister dilanjutkan sebulan lagi untuk pemerhatian kesihatan mental 

Advertisement
Alister Cogia di lobi Kompleks Mahkamah Kuching hari ini.
Alister Cogia di lobi Kompleks Mahkamah Kuching hari ini.

KUCHING: Susulan kes hina Nabi Muhammad S.A.W Mac lepas, Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan Alister Cogia dilanjutkan tempoh pemerhatian sebulan bagi menilai tahap kesihatan mentalnya. 

Pihak pendakwaan yang terdiri daripada Timbalan Pendakwa Raya Musli Abdul Hamid dan Timbalan Pendakwa Raya Hayda Faridzal Abu Hasan berkata mereka menerima surat rasmi daripada peguam tertuduh yang memohon dilanjutkan tempoh pemerhatian berikutan laporan mental tertuduh belum siap. 

Bagaimanapun, mahkamah diberitahu doktor cuma memerlukan tempoh sebulan untuk menilai keadaan mental tertuduh. 

Sebelum ini, Hakim mengeluarkan perintah untuk meletakkan Alister, 22, di bawah pemerhatian Hospital Sentosa mulai 13 Mac lepas untuk mengawasi kesihatan mentalnya. 

Menurut fakta kes, Alister ditahan di sebuah rumah di Singai, Bau pada pukul 12.15 tengah malam pada 3 Mac lalu.
   
Alister yang pada ketika itu tidak diwakili peguam, mengaku bersalah dan seterusnya dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM50,000 atas kesemua pertuduhan.
 
Hukuman tersebut menarik perhatian pelbagai pihak sehingga ada yang mohon semakan semula kes kerana dikhuatiri Alister berdepan masalah mental.
 
Justeru, PKR Sarawak membentuk pasukan perundangan yang terdiri daripada Francis Teron, Desmond Kho dan Jeffrey Mok dan berusaha mendapatkan pengesahan pakar berhubung tahap kesihatan mental lelaki terbabit.

Mahkamah menetapkan 16 Mei depan sebagai tarikh sebutan semula kes. 

Alister didakwa menghina Nabi Muhammad S.A.W menerusi Facebook ‘Ayea Yea’ dan dijatuhkan hukuman pada 8 Mac lepas oleh Hakim Mahkamah Sesyen Jason Juga.


 

  • oleh
  • Advertisement