Anda di sini

Haier lancar Jelajah Kembara Serantau di tiga lokasi utama di seluruh negara

Advertisement
 Shi (tiga kanan) pada majlis pelancaran Jelajah Kembara Serantau HAIER di Kuala Lumpur.
DILANCAR: Shi (tiga kanan) pada majlis pelancaran Jelajah Kembara Serantau HAIER di Kuala Lumpur.

KUCHING: Syarikat pengeluar barangan dan kelengkapan elektrik Haier Electrical Appliances (M) Sdn Bhd telah melangsungkan Jelajah Kembara Serantau Haier buat kali pertama pada tahun ini.

Menurut satu kenyataan semalam, menerusi pameran barangan dan kelengkapan elektrik tersebut, pengguna akan merasai pengalaman yang lebih baik dalam kehidupan seharian menerusi produk-produk baharu yang diperkenalkan.

Jelajah kembara itu diadakan di tiga lokasi utama di seluruh negara bermula dengan Kuala Lumpur dan diikuti dengan Johor Bahru serta Pulau Pinang.

Pengarah Urusan Haier Malaysia Shi ZhiYuan berkata, objektif pameran adalah untuk melibatkan pelanggan dalam kehidupan berinovatif dengan menyediakan platform yang sesuai untuk produk dan perkhidmatan syarikat serta memberi penampilan kepada jenama Haier.

“Jelajah kembara yang sedang berlangsung sekarang pasti akan mendapat sambutan yang baik dan akan membawa Haier lebih dekat kepada pengguna dan memudahkan interaksi bersama.

“Ia juga menyediakan platform terbaik untuk mempamerkan produk-produk kami menerusi demonstrasi secara langsung kepada pelanggan dan membantu mereka mendapatkan pengalaman sebenar di hadapan mereka.

“Secara langsung dapat melibatkan para pengguna untuk mengendalikan dan melihat sendiri pelbagai produk kami.

“Selain, membantu mengenal pasti produk yang lebih sesuai untuk keperluan mereka dan sekali gus kami dapat membantu setiap pelanggan untuk berinteraksi serta memahami dengan lebih mendalam lagi evolusi jenama kami,” kata Shi pada majlis pelancaran yang diadakan di ibu kota semalam.

Beliau percaya jenama itu akan terus menerus membuat pembaharuan dan berkhidmat untuk memberikan pengguna kepelbagaian jenis perkakas rumah yang lebih baik untuk meningkatkan pengalaman dan gaya serta taraf hidup mereka.

Kini tambahnya, industri perkakas rumah sedunia sedang memasuki zaman baharu iaitu ‘Rumah Pintar’.

Pihak Haier turut serta dengan memberi pelanggan barangan yang luar biasa pada zaman digital ini.

“Produk kami bukan sahaja menjadi peralatan rumah yang biasa tetapi memberi kepuasan kepada pengguna dan meningkatkan gaya hidup mereka.

“Haier Malaysia sudah mencapai matlamat dua kali ganda jumlah pendapatan dari tahun ke tahun.

“Kami telah berjaya mencapai matlamat ini dengan menjadi sebuah syarikat yang konsisten dan berkemampuan yang juga berpegang teguh kepada identitinya dengan menjadi sebuah syarikat yang menyelesaikan masalah bagi pengguna dengan mencipta dan merubah melalui imaginasi dan semangat,” ujarnya lagi.

Selama 35 tahun, Haier telah berubah daripada jenama utama perkakas rumah, dengan rekod 10 tahun jualan terkemuka di dunia kepada jenama ekosistem rumah pintar yang terkenal dan maju.

“Pada peringkat global, Haier adalah jenama nombor satu untuk peralatan penyejukan selama 11 tahun berturut-turut, jenama nombor satu bagi peralatan dobi di rumah selama 10 tahun berturut-turut, jenama nombor satu bagi alat pendingin wain/ penyejuk selama sembilan tahun berturut-turut dan, jenama nombor satu bagi penyejuk beku selama lapan tahun berturut-turut.

“Jenama ini terus menarik perhatian dengan kualiti, kecantikan dan ciri-ciri yang ‘funky’, direka bagi pengguna yang mencari teknologi, kualiti dan gaya hidup yang menarik.

“Pelbagai produk baharu kami akan mengubah cara pengguna melakukan kerja rumah mereka.

“Jenama kami semuanya tentang meningkatkan taraf hidup dan mewujudkan gaya hidup yang berbeza untuk kehidupan di rumah.

“Kami menggalakkan pengguna untuk menikmati sendiri produk kami di kedai konsep Haier dan Haier Experience Centre di Setia Walk, Puchong,” katanya lagi.

Di Haier Experience Center, pemilik rumah dan pengguna boleh melihat, menyentuh dan merasai sendiri pengalaman menggunakan produk Haier.

“Matlamat kami adalah untuk berinteraksi dengan pengguna, melibatkan diri dengan cara lebih mendalam dengan pengguna dan mencapai jarak sifar antara Haier dan pengguna. Melalui interaksi ini, kami berharap bahawa pengguna dapat lebih pengalaman dengan produk Haier di Malaysia,”ujarnya.

Haier kini mempunyai lebih daripada 300 kedai runcit dan kedai rantaian utama di Malaysia, menawarkan pelbagai peralatan rumah seperti peti sejuk, mesin basuh, pembeku, penyaman udara domestik dan komersial, televisyen (TV) LED dan perkakasan kecil.

Langkah seterusnya bagi jenama Haier ialah untuk mempertingkatkan talian Careline Perkhidmatan Pelanggan 24/7.

“Kami berasa bangga untuk mengatakan bahawa Haier adalah jenama peralatan rumah yang pertama yang mempunyai Careline perkhidmatan pelanggan 24/7. HAIER ingin merapatkan hubungan dengan pelanggannya.

“Kami mahu melibatkan diri dengan pelanggan daripada pengalaman produk dan perkhidmatan dengan menggunakan teknologi Haier yang terbaru.

“Pelanggan tidak perlu menunggu sehingga keesokan harinya untuk menghubungi kami jika mereka menghadapi masalah dengan produk mereka selepas waktu bekerja.

“Mereka boleh menghubungi Careline perkhidmatan pelanggan dan menetapkan masa untuk produk mereka diperiksa pada waktu pagi keesokan hari.

“Kami ingin memberitahu pelanggan bahawa HAIER adalah produk yang berkualiti tinggi dan boleh dipercayai dan produk-produk kami memenuhi keperluan segmen pasaran yang berbeza,”tegasnya.

Langkah seterusnya bagi Haier ialah untuk membuka Pusat Khidmat Pelanggan Utama di Puchong pada bulan Jun. Pusat ini akan ditempatkan bersebelahan dengan Haier Experience Centre.

Haier experience Centre akan dibuka enam hari seminggu iaitu Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 7 petang dan Sabtu jam 10 pagi hingga 2 petang untuk pelanggan-pelanggan yang ingin mengetahui tentang produk Haier. Untuk keterangan lanjut, layari www.HAIER.com/my atau Laman FB: www.fb.com/HAIERMalaysia

Tujuh kategori produk baharu HAIER yang dipamerkan pada Jelajah Kembara Haier ialah peti sejuk, Icebar, penyejuk beku, mesin basuh, pendingin hawa, televisyen dan peralatan dapur.

Advertisement