Anda di sini

Tembakan di luar kelab malam, seorang pengawal keselamatan maut

Advertisement
 Anggota bomba membersihkan tumpahan darah selepas seorang pengawal keselamatan ditembak mati di luar sebuah kelab malam yang popular di Melbourne, semalam. — Gambar AFP
PASCAKEGANASAN: Anggota bomba membersihkan tumpahan darah selepas seorang pengawal keselamatan ditembak mati di luar sebuah kelab malam yang popular di Melbourne, semalam. — Gambar AFP

MELBOURNE: Seorang pengawal keselamatan maut manakala seorang lagi lelaki kini dalam keadaan tenat selepas tembakan dilepaskan dari sebuah kereta yang melintas sebuah kelab malam terkenal di Melbourne, menurut polis semalam, di sebalik satu siri keganasan senjata di bandar kedua terbesar di Australia itu.

Pihak polis menyatakan empat orang lelaki – tiga orang pengawal keselamatan dan seorang pengunjung menunggu untuk masuk ke dalam – telah ditembak di luar kelab Love Machine di subbandar dalam bandar bergaya Prahran pada awal pagi semalam.

“Ia akan kelihatan bahawa tembakan telah dilepaskan dari sebuah kereta di kawasan ini ke arah sekumpulan orang ramai yang berdiri di luar kelab malam,” Inspektor Polis Victoria Andrew Stamper memberitahu wartawan.

“Ini adalah satu tindakan yang sangat teruk. Ia merupakan sebuah kelab malam yang sibuk, salah satu dari kelab malam utama di Melbourne  dalam salah satu dari kawasan hiburan utama di Melbourne.”

Pengawal keselamatan berusia 37 tahun telah dibawa ke hospital namun meninggal dunia tidak lama kemudian.

Seorang lelaki berusia 28 tahun  berada dalam keadaan kritikal , sementara dua  orang lagi berusia 29 dan 50 tahun  mengalami kecederaan yang tidak membahayakan nyawa, menurut polis.

Seorang jurucakap polis memberitahu AFP kejadian tembakan adalah tidak dipercayai sebagai mempunyai kaitan dengan kegnasan.

Pihak penyiasat sedang menyiasat hubungan dengan kumpulan samseng bermotosikal, lapor akhbar Age di Melbourne.

Pihak polis turut menyiasat sama ada  sebuah kenderaan DUV Porsche hitam dilihat meninggalkan kawasan itu dan kemudian  ditemui terbakar di sebuah subbandar lain mempunyai kaitan dengan kejadian tembakan.

Insiden terbaharu muncul selepas siri kejadian tembakan di Melbourne pada Mac yang menyebabkan lima maut di empat insiden berasingan.

Dua daripada insiden tersebut dipercayai berkaitan dengan kumpulan gengster.

Stamper menegaskan tiada bukti untuk mengaitkan kejadian tembakan itu dengan sebahagian daripada satu agenda yang lebih meluas.

Kejadian tembakan beramai-ramai adalah jarang berlaku di Australia, yang memperkenalkan undang-undang senjata api yang tegas pada 1996 selepas 35 orang dibunuh oleh seorang lelaki bersenjata di Port Arthur.

Satu pembunuhan-bunuh diri pada tahun lepas yang menyebabkan tujuh sekeluarga maut di Australia Barat merupakan kejadian tembakan beramai-ramai terburuk di negara ini sejak serangan di Port Arthur. — AFP

Advertisement