Anda di sini

TAHUKAH ANDA? 9 dari 10 warga Malaysia mengalami masalah gusi

Advertisement

Masalah gusi, jika gagal ditangani dengan berkesan, bakal membuatkan anda mengalami masalah gigi. Ini bukan sahaja bakal menyukarkan anda berkomunikasi, malah anda tidak lagi dapat menikmati juadah kegemaran, umpamanya yang rangup, dengan selesa. Keyakinan dan senyuman anda juga pasti akan terjejas!

ADAKAH ANDA SALAH SEORANG DARIPADANYA?

Kajian pada tahun 2010 menjelaskan bahawa 9 dari 10 orang dewasa Malaysia, mengalami masalah gusi (NOHSA 2010). Lion Corporation pula telah menjalankan kaji selidik yang melibatkan 450 responden dewasa Malaysia dan mendapati 80% dari mereka mengalami sekurang-kurangnya satu tanda dan simptom gusi bermasalah - secara puratanya mengalami masalah gusi berdarah atau bengkak, namun hanya 1% yang menyedarinya (Projek Katsu 2017).

Dewasa ini, gejala gusi bermasalah telah mengatasi kaviti sebagai punca utama kehilangan gigi di kalangan orang dewasa - berikutan pembentukan plak di celah-celah gigi dan di dalam poket gusi yang tidak ditangani dengan berkesan bagi jangka masa panjang.

ADAKAH ANDA TERDEDAH KEPADA RISIKO?

Terdapat banyak faktor yang membawa kepada penyakit gusi, termasuklah tabiat kebersihan gigi yang teruk, merokok, kencing manis, perubahan hormon ketika mengandung, ubat-ubatan yang mengurangkan pengeluaran air liur, genetik, kedudukan gigi yang tidak selari, tampalan gigi dan pemasangan alat pergigian yang tidak sempurna, serta kekurangan daya tahan tubuh akibat mengalami penyakit-penyakit serius.

Dr. Norliza bt Mohamed Pakar Pergigian Kesihatan Awam, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Kesihatan Pergigian, bagi pihak Pengarah Kanan (Kesihatan Pergigian) Kementerian Kesihatan Malaysia

Kurangnya kesedaran tentang tanda dan gejala penyakit gusi

"Tahap kesedaran orang ramai terhadap kesan penyakit gusi kepada kualiti hidup dan hubungkaitnya dengan sesetengah penyakit-penyakit kronik masih terlalu rendah. Terlalu ramai di antara kita masih menyangka tanda-tanda penyakit gusi seperti pendarahan semasa pemberusan sebagai sesuatu yang normal. Rakyat Malaysia perlu mengenalpasti tanda-tanda dan simptom-simptom penyakit gusi, agar mereka tahu ada ada sesuatu yangtidak kena dan boleh mendapatkan bantuan."

Dr. Leong Kei Joe Pakar Pergigian Pediatrik President-Elect Persatuan Doktor Pergigian Malaysia

Penyakit gusi dan penyakit lain yang berbahaya

“Banyak penelitian telah menunjukkan kaitan antara penyakit gusi dengan masalah kesihatan lain seperti penyakit jantung, kencing manis juga hubungkaitnya dengan penyakit Alzheimer. Semua penyakit ini adalah serius serta mengancam nyawa. Oleh yang demikian, kami ingin menegaskan akan pentingnya pengesanan awal dan rawatan penyakit gusi sebagai satu langkah yang penting bagi menjaga kesihatan tubuh secara menyeluruh.”

APAKAH ITU PENYAKIT GUSI?

Penyakit gusi adalah disebabkan jangkitan bakteria yang terhasil di dalam poket gusi. Punca utamanya adalah plak - Lapisan bio filem nipis dan lembut yang mengandungi berbillion bakteria. Plak terbentuk di celah-celah gigi, sepanjang garis gusi dan dalam poket gusi. Toksin yang dihasilkan oleh bakteria ini akan merosakkan tisu gusi.

Penyakit gusi boleh dirawat sekiranya dikesan di peringkat awal. Gingivitis adalah peringkat awal penyakit gusi dimana gusi menjadi bengkak dan radang, akibat jangkitan bakteria. Sekiranya ia tidak ditangani, ia bakal merebak menjadi periodontitis atau penyakit gusi.

PERINGKAT-PERINGKAT YANG DI ALAMI OLEH GUSI

PERIKSA KESIHATAN GUSI ANDA SEKARANG!

Systema telah melancarkan kempen kesedaran dan pendidikan Ke Arah 1 Juta Pemeriksaan Kesihatan Gusi Gumbatte Systema 2019 - satu kolaborasi dengan Persatuan Doktor Pergigian Malaysia.

Kempen ini bertujuan membantu rakyat Malaysia untuk mencapai tahap kesihatan oral yang lebih baik. Matlamat utamanya adalah untuk menggalakkan lebih ramai dapat mengekalkan 20 batang gigi semula jadi apabila mencapai usia 60 tahun dan ke atas. Jadi, mereka boleh menikmati kesihatan yang lebih baik, selari dengan Pelan Kesihatan Pergigian Kebangsaan 2011-2020.

Adakah anda salah seorang dari 94% warga Malaysia dewasa yang mengalami masalah gusi*? Sekiranya anda tidak pasti, layari gumhealthcheck.com untuk pemeriksaan atas talian percuma, untuk mengenal pasti tanda dan simptom masalah gusi bagi memulakan tabiat penjagaan yang lebih sihat, berdasarkan informasi yang diberikan.

(*Kajian Kesihatan Mulut Orang Dewasa Kebangsaan 2010)

Advertisement