Anda di sini

Polis tahan lapan lelaki, rampas syabu bernilai RM15,000 di Baram

Advertisement
Suspek-suspek dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut

MIRI: Polis menahan lapan lelaki tempatan serta merampas 23.50 gram syabu bernilai RM5,850, dalam satu serbuan ke sebuah pondok tidak beralamat di Long Lama, Baram pukul 12.25 tengah hari semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jabatan Narkotik (JSJN) Sarawak Superintenden Sahar Abdul Latif berkata, kesemua suspek yang ditahan berumur 25 hingga 53 tahun dengan dua suspek tersebut bekerja sebagai buruh dan manakala tujuh lagi penganggur.

"Empat suspek positif dadah jenis methamphetamine dan disiasat di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurutnya, hasil pemeriksaan polis menemui dadah syabu dalam paket plastik lustinar dan keratan tiub straw di dalam satu beg silang.

"Kesemua suspek tiada rekod jenayah lampau dan kini ditahan di lokap Balai Polis Marudi untuk membantu siasatan di bawah Sekyen 39A akta yang sama," katanya lagi. - Bernama 

Advertisement