Anda di sini

Polis cedera dalam protes di Albania

Advertisement
 Para penyokong parti pembangkang menghadiri demonstrasi antikerajaan di hadapan pejabat Rama di Tirana, kelmarin. — Gambar Reuters
PROTES: Para penyokong parti pembangkang menghadiri demonstrasi antikerajaan di hadapan pejabat Rama di Tirana, kelmarin. — Gambar Reuters

TIRANA: Beberapa anggota polis telah tercedera kelmarin di Tirana semasa bantahan pembangkang menyeru kepada Perdana Menteri Edi Rama untuk meletakkan jawatan, seorang wartawan AFP di tempat kejadian berkata.

Pihak kementerian dalam negeri menyatakan lima anggota polis telah tercedera, tidak memberikan maklumat mengenai tahap keadaan mereka.

Pihak pembangkang haluan kanan Parti Demokratik menyatakan 15 penunjuk perasaan terjejas akibat gas pemedih mata yang dilepaskan polis.

Parti itu telah mengadakan rali dengan sebuah lagi parti utama pembangkang, Socialist Movement for Integration (MSI).

Rali itu, dihadiri ribuan orang, telah menjadi tegang sejak bermula lewat tengah hari.

“Saya menyeru kepada anda agar menentang dan bangkit untuk menggulingkan Rama,” ketua Parti Demokratik Lulzim Basha memberitahu orang ramai.

Albania memerlukan pilihan raya yang lebih awal dan sebuah kerajaan peralihan, tambah beliau.

Para penunjuk perasaan menyerbu sekatan polis dan melontar batu serta bom asap ke arah polis, melontar dakwat ke atas permukaan sebuah bangunan kerajaan dan membakar sebuah kenderaan yang diletakkan di depan parlimen.

Mereka melaungkan slogan mengecam ‘Parlimen jenayah!’ dan menyeru kepada Rama agar meletakkan jawatan.

Rama menghentam keganasan, menyatakan parti pembangkang berada di atas laluan kemusnahan.

Pihak pembangkang telah melakukan bantahan selama dua bulan menyeru kepada peletakan jawatan oleh Rama, yang telah memegang jawatannya sejak 2013.

Beberapa anggota daripada kedua-dua parti pembangkang haluan kanan dan kiri telah melepaskan tugas di parlimen, menuduh kerajaan memanipulasikan keputusan pilihan raya perundangan pada Jun 2017.

Kehidupan politik di Albania telah ditandakan dengan keganasan lisan, dengan parti sayap kanan dan kiri saling berbalas kata-kata penghinaan dan menuduh satu sama lain bagi rasuah atau hubungan dengan jenayah terancang.

Tirana bagaimanapun berharap untuk membuka rundingan penambahan dengan Kesatuan Eropah pada lewat tahun ini. — AFP

Advertisement