Anda di sini

Klinik kesihatan perlu dibina di Pulau Mantanani

Advertisement
 Datuk Jalpin Akim (PPBM-Usukan), Datuk Isnin Aliasneh (PPBM-Klias) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (PPBM-Apas) beramah mesra dengan Jamawi Jaafar (Warisan-Kemabong).
DARI KIRI: Datuk Jalpin Akim (PPBM-Usukan), Datuk Isnin Aliasneh (PPBM-Klias) dan Datuk Nizam Abu Bakar Titingan (PPBM-Apas) beramah mesra dengan Jamawi Jaafar (Warisan-Kemabong).

KOTA KINABALU: Sebuah klinik kesihatan perlu dibina di Pulau Mantanani Kota Belud bagi memberikan perkhidmatan kepada penduduknya.

Datuk Japlin Akim (Bersatu-Usukan) berkata, pulau itu terletak di kawasan yang agak terpencil dengan jumlah penduduk menjangkau lebih 1,000 orang.

"Selain itu, pulau ini juga menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara. Sekiranya tiba musim tengkujuh, sukar bagi semua masyarakat dalam pulau itu untuk mendapatkan rawatan.

"Keadaan bertambah malang apabila klinik terdekat iaitu Klinik Kesihatan Kg Kuala Abai telah ditutup beberapa bulan lalu," katanya.

Beliau berkata, apa juga alasan penutupan klinik itu, kerajaan disarankan agar mendapatkan tapak tanah di kawasan berkenaan untuk membina semula klinik yang baharu.

Selain itu, beliau turut berterima kasih kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang terus memberi bantuan kepada sektor penanaman padi di Kota Belud.

Katanya, usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan kemudahan saliran iaitu sistem pengambilan dan pembuangan air ke tanah-tanah sawah perlu diselenggara selain diberikan peruntukan secukupnya.

"Penyelenggaraan pam-pam air dan sistem saliran di sekitar penanaman padi juga diperlukan bagi memudahkan para petani khusus di kawasan Timbang Datang dan Kampung Tanjung Batu dalam Usukan," katanya.

Selain itu, katanya, terdapat masalah yang berkaitan projek mendalamkan sungai-sungai Kota Belud. Projek itu sudah dirancang sewaktu kerajaan terdahulu tetapi kini ia kelihatan dibatalkan.

Katanya, sekiranya projek itu dibatalkan, ia boleh menyebabkan sungai menjadi cetek, menyukarkan pengambilan air untuk pengairan ke sawah padi, menyebabkan banjir ketika hujan lebat dan banyak lagi.

  • oleh
  • Advertisement