Anda di sini

Guardiola tidak berminat menyamai rekod Hodgson

Advertisement
GUARDIOLA
GUARDIOLA

MANCHESTER, England: Pengurus Manchester City, Pep Guardiola, menolak cadangan di mana beliau berminat untuk menyamai rekod Roy Hodgson sebagai jurulatih sehingga mencecah usia 71 tahun apabila pasukannya berdepan dengan Crystal Palace.

Guardiola tidak merahsiakan keinginannya untuk satu karier di luar bola sepak, walaupun beliau enggan meletakkan ‘tarikh akhir’ dalam kariernya jurulatih bola sepak.

Kontrak semasa Guardiola di City berakhir 2012, yang akan melengkapkan tempoh lima tahun sebagai pengurus juara Liga Perdana Inggeris itu, tempoh paling lama beliau sebagai pengurus pada satu penggal.

Tetapi jurulatih berusia 48 tahun itu berasa yakin beliau tidak mempunyai keinginan untuk menyamai rekod luar biasa Hodgson, yang kurang empat bulan sebelum berusia 72 tahun dan merupakan jurulatih paling tua dalam sejarah Liga Perdana.

“Bagi saya, ia tidak akan berlaku kerana saya mempunyai keinginan melakukan perkara lain sebelum saya mati!,” kata beliau dengan nada berseloroh.

“Isteri saya, keluarga... 71? Tidak akan berlaku. Anda harus mempunyai tenaga istimewa dan saya fikir pada usia 71 tahun – kecuali Roy Hodgson – yang lain tidak dapat melakukannya.

“Hakikat di mana Roy Hodgson melakukannya kerana beliau menyukainya, jadi ia sangat hebat sekali. Saya fikir apa yang berlaku ialah beliau mempunyai keghairahan dalam dirinya untuk melakukannya. Ia sangat hebat sekali. Ia pastinya menarik berjumpa dengan beliau lagi hari ini (Ahad).”

Guardiola diambang apa yang mungkin terbukti bakal menjadi salah satu musim paling bersejarah dalam bola sepak Inggeris.

City bertandang ke Palace dengan kurang dua mata di belakang pendahulu Liga Perdana Inggeris, Liverpool tetapi dengan kurang satu perlawanan.

City layak ke final Piala FA Inggeris dan sudah memenangi Piala Liga Inggeris pada bulan Februari sementara mereka masih mempunyai peluang memburu kelayakan ke separuh akhir Liga Juara-Juara walaupun tewas 0-1 pada perlawanan suku akhir pertama.

Bagaimanapun, gaya pengurusan intensif dan bersemangat Guardiola telah menyebabkan ramai pemerhati membuat ramalan berapa lama beliau boleh kekal di kemuncak saingan.

“Tidak begitu lama bagi saya – ketika ini saya berusia 48 tahun dan masih ada banyak lagi tahun-tahun di hadapan,” tambah Guardiola apabila ditanya bola beliau akan bersara.

“Saya tidak mempunyai perancangan kerana saya hanya membuat persediaan untuk perlawanan seterusnya, musim seterusnya, jadi kita akan lihat. Saya boleh pergi dan melakukan perkara lain. Saya tidak mahu menghabiskan masa di bangku simpanan sepanjang masa.

“Sepuluh musim adalah sangat sukar dan menekankan. Ya, ia merupakan musim-musim yang hebat dan mungkin ada beberapa tahun lagi tetapi apa yang pasti tidak sehingga saya berusia 71 tahun.” — AFP

Advertisement