Anda di sini

Gema muzik Kurt Cobain terus hidup 25 tahun selepas kematiannya

Advertisement
 

BEBERAPA dekad selepas geritan Kurt Cobain yang garuk menggoda Generasi X daripada bilik tidur kolektifnya dan ke dalam kelab pasca punk di Seattle pada zaman 1990an, mendiang penyanyi utama kumpulan Nirvana itu masih menjadi penawar bagi golongan muda dan golongan tidak berpuas hati di seluruh dunia.

Ia sudah sesuku abad sejak budak poster ‘grunge’ yang ragu-ragu itu membunuh diri pada usia muda 27 tahun, dan bekas pengurus Cobain, Danny Goldberg, berkata dia akhirnya bersedia untuk merenungkan secara terbuka mengenai legasi satu enigma dan seorang perintis.

Dalam ‘Serving the Servant: Remembering Kurt Cobain’ – sempena ulang tahun ke-25 kematiannya pada 5 April lepas – Goldberg mengingati Cobain yang berada di hadapan masanya, dengan kelucuan dan kemanusiaan yang menyinar menerusi melankoli yang suram.

“Gambaran mengenainya dalam media telah diputar belit sedikit dan fokus secara tidak seimbang kepada kematiannya, dan tidak banyak kepada kehidupan dan karya seninya,” kata Goldberg.

“Dia seorang penyanyi yang penuh jiwa; suaranya menyampaikan kelemahan dan keintiman yang amat unik sekali,” kata pengurus itu kepada AFP.

“Dia menala sesuatu yang membantu orang rasa kurang seperti orang pelik, kurang bersendirian.”

Kualiti empati ini memastikan kerja penulis lagu itu sentiasa relevan, kata Goldberg, malah kepada remaja yang lahir selepas kematian Cobain, dunia yang jauh daripada Barat Laut Pasifik yang rintis pada zaman pembentukannya.

Kesejagatan tarikan penyanyi itu adalah sebab kenapa kemeja T dengan logo senyum dan mata kosong yang klasik milik kumpulan berkenaan dapat dilihat di mana sahaja remaja berhimpun, dari Toledo ke Tokyo.

“Dia seorang daripada beberapa artis dengan kesenian yang melangkaui masanya,” kata Goldberg.

- Kultus Kurt -

 Gambar fail yang diambil pada 19 Februari 1992 menunjukkan Kurt Cobain, penyanyi utama kumpulan rock grunge AS Nirvana, membuat persembahan di Nakano Sun Plaza di Tokyo. Beberapa dekad selepas geritan Kurt Cobain yang garuk menghantui gelombang udara global, gema mendiang penyanyi utama kumpulan Nirvana itu masih lagi menyentuh golongan muda yang mungkin belum lagi lahir ketika beliau meninggal dunia. — Gambar oleh AFP
MASIH BERGEMA: Gambar fail yang diambil pada 19 Februari 1992 menunjukkan Kurt Cobain, penyanyi utama kumpulan rock grunge AS Nirvana, membuat persembahan di Nakano Sun Plaza di Tokyo. Beberapa dekad selepas geritan Kurt Cobain yang garuk menghantui gelombang udara global, gema mendiang penyanyi utama kumpulan Nirvana itu masih lagi menyentuh golongan muda yang mungkin belum lagi lahir ketika beliau meninggal dunia. — Gambar oleh AFP

Bakat yang murung tetapi istimewa itu dan membesar di hutan berembun dua jam ke barat Seattle bertukar menjadi dewa rock seakan-akan dalam sekelip mata, apabila ‘Nevermind’, kedua daripada tiga album studio Nirvana, melonjak kumpulan alt rock itu hingga mencapai kemasyhuran luar bisa dan melahirkan kultus Kurt.

Goldberg mengenali Cobain pada 1990, ketika Nirvana baharu meningkat naik tetapi berharap untuk membawa adunan scruffy punk, raw metal dan melodi yang diilhamkan oleh Beatles mereka yang unik ke aliran utama.

Itulah apa yang dibuat oleh ‘Nevermind’, menjadi salah satu album paling berjaya sepanjang masa, dengan 30 juta keping yang dijual di seluruh dunia.

Klasik segera itu mengetepikan bintang pop Michael Jackson dari tempat teratas carta AS dan menyaksikan Nirvana mengubah hala tuju budaya pop, untuk memberi inspirasi kepada muzik, fesyen dan etos.

Selama tiga setengah tahun dia bekerja dengan Cobain, Goldberg menyaksikan kebangkitan Nirvana yang menakjubkan.

Dia ada di sana untuk hubungan penyanyi itu yang mesra namun bergelora dengan seorang lagi penyanyi grunge yang hebat Courtney Love, dan kelahiran anak perempuan mereka, Frances Bean, sekarang 26 tahun.

Dia menyaksikan campur tangan untuk melepaskan genggaman heroin ke atas bintang rock itu.

Kematian Cobain menggegarkan dunia, dengan maklumat mengerikan dan kehilangan suara unik yang menyakitkan seperti juga nota bunuh diri yang sayu.

“Saya tidak ada keghairahan lagi, dan oleh itu ingatlah, ia adalah lebih baik untuk rasa letih daripada menjadi pudar,” dia menulis, yang merujuk kepada lirik oleh seorang penyanyi folk rock Neil Young.

Berita itu menghancurkan Goldberg, dan ia tidak sehingga baru-baru ini yang dia mula menerima perkara itu: “Sejak sekian lama, ia terlalu menyakitkan untuk saya.”

“Saya merinduinya, saya masih menyayanginya,” kata Goldberg. “Saya harap dia masih hidup tetapi saya gembira kerana saya mengenalinya.”

- ‘Genius muzikal’ -

DANNY GOLDBERG
DANNY GOLDBERG

Tetapi bekas pengurus Nirvana itu, yang disanjung oleh Cobain sebagai “bapa kedua”, menegaskan di sebalik penggunaan dadah dan kemurungan, bintang itu adalah seorang “genius muzikal”.

Dia juga seorang dungu yang romantik, kata Goldberg, yang kebetulan adalah pemilik bangga empat salinan asli yang ditutup bagi ‘The Chipmunks Sing the Beatles Hits’.

Goldberg percaya tarikan ‘pemalas’ Cobain – baju panas yang koyak, rambut perang air longkang, yang kerap disikat dengan khayal dari mata biru lautan apabila dia memetik rokok gulung – menarik perhatuan daripada inteleknya yang mengagumkan.

“Saya tahu terdapat kedalaman kepada tenaga dan perasaan yang dimainkannya; ia lebih mendalam daripada sekadar korus yang hebat – walaupun dia ada menulis korus yang hebat,” kata Goldberg.

Pengurusnya memuji Cobain kerana memperjuangkan wanita dan membantu “mentafsir semula kemaskulinan” di dalam dunia muzik.

“Dia boleh jadi sangat berpengaruh dan menarik – dan pada waktu yang sama, sensitif dan penyayang. Ia adalah satu perubahan daripada rock ortodoks pada waktu itu,” kata Goldberg.

- ‘Etos anti-macho’ -

 

Dalam memoirnya, Goldberg mengingati satu pertunjukan di Argentina yang menimbulkan kemarahan Cobain apabila penonton mengejek kumpulan seluruh wanita yang membuka konsert Calamity Jane – lalu bintang Nirvana itu membalas dengan enggan mendendangkan lagu hit kumpulan itu ‘Smells Like Teen Spirit’.

“Audiens tidak berhak untuk melihat kita mendendangkannya,” kata Cobain ketika itu.

“Dia komited kepada ideal feminis dan hormat terhadap semua orang, sejenis etos anti-macho,” kata Goldberg.

“Dia mempunyai versi yang benar-benar alternatif kepada apa maksudnya untuk menjadi seorang bintang rock.”

Walaupun supernova iaitu Nirvana menjadi gelap apabila Cobain mati, Goldberg berkata riak daripada kehidupannya yang singkat masih kekal, dan meletakkannya dalam liga bersama ikon seperti Bruce Springsteen, John Lennon dan Bob Dylan.

Dia enggan membuat spekulasi mengenai bagaimana trajektori pemuzik itu mungkin telah berubah jika dia masih hidup, tetapi Goldberg menyuarakan kepastian bahawa artis itu akan tetap berinovasi, dan berkata Cobain “sentiasa berubah, bukan hanya meniru diri sendiri”.

“Saya cuma harap apa sahaja yang dia buat, saya dapat melepak bersamanya,” katanya sambil ketawa. — AFP

Advertisement