Anda di sini

Anggota maut kenderaan polis terbabas di LPT

Advertisement
 
 

KUANTAN: Seorang anggota polis maut apabila kenderaan pacuan empat roda milik Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Terengganu yang dipandunya terbabas di kilometer 220.1 Lebuhraya Pantai Timur (LPT) di sini, semalam. 

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Pahang Supt Kamarulzaman Jusoh berkata Lans Koperal Jackie Patan, 32, dari unit Anjing Pengesan (K9) IPK Terengganu, maut dalam kejadian 1 tengah hari itu.  

Beliau berkata Ketua Seksyen K9 IPK Terengganu Sarjan P. Abimannan, 58, yang duduk di tempat duduk penumpang hadapan kenderaan itu cedera ringan dan dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini. 

"Kemalangan dipercayai berlaku apabila mangsa yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur terlanggar lopak air menyebabkan kenderaan itu terbabas lalu melanggar tebing kiri jalan," katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Kamarulzaman berkata punca kematian Jackie yang berasal dari Bintangor, Sarawak adalah disebabkan kecederaan parah di kepala. 

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Bernama 

Advertisement