Anda di sini

Promosi hebat musim perayaan di Botra Matang Ria sehingga 18 April

Advertisement
 Premis Botra Sdn Bhd yang terletak di No. 53-59, Lot 10315-10321, Matang Ria Shopping Centre, Jalan Matang.
KUNJUNGI KAMI: Premis Botra Sdn Bhd yang terletak di No. 53-59, Lot 10315-10321, Matang Ria Shopping Centre, Jalan Matang.
 Jurujual di Botra bersedia untuk menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelanggannya.
MESRA: Jurujual di Botra bersedia untuk menyediakan perkhidmatan terbaik buat pelanggannya.

KUCHING: Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri, Botra Sdn Bhd (Botra), Matang Ria mengadakan promosi hebat untuk alatan berjenama Bosch yang telah bermula semalam (12 April) sehingga 18 April ini.

Botra beroperasi di No. 53-59, Lot 10315-10321, Matang Ria Shopping Centre, Jalan Matang bermula 8 pagi sehingga 6 petang.

Bosch merupakan sebuah jenama ulung yang telah bertapak di dalam industri alatan dan perkakasan selama 133 tahun serta terkenal kerana kualiti unggul termasuk perkhidmatan yang meyakinkan.

Mesin kimpalan I-Weld akan dipamerkan dan demonstrasi produk juga akan ditunjukkan di sini.

Alatan Bosch dilengkapi dengan teknologi inovatif terkini yang memberi kesenangan dan keselesaan kepada kehidupan harian anda.

Bagi pengguna yang suka membuat barang-barang ‘Do It Yourself’ (DIY), pelbagai alatan perkakasan baginya dijual di sini.

Antaranya gerusi pasak dengan operasi pemutar skru dan gerusi yang dikuasakan dengan bateri Lithium-ion sesuai bagi mereka yang suka mengubah suai kediaman sebelum beraya.

Pelbagai jenis pam pembersih bertekanan tinggi Bosch yang paling laris turut dijual di sini.

Ia boleh digunakan di dalam pelbagai kegunaan sama ada untuk membersihkan kawasan rumah atau kereta kesayangan.

Bagi pengguna profesional, alat kuasa seperti tukul runtuh, tukul berputar, pengisar, gergaji, mesin pemotong 14’ dan banyak lagi mudah didapati di Botra.

Alat pengukur Bosch untuk kegunaan di tapak pembinaan termasuk alat pengesan, alat pengukur jarak berlaser, pengukur sudut, alat pengaras optik dan banyak lagi.

Pada masa yang sama, pihak Botra juga mempromosikan mesin kimpalan berjenama I-Weld. Selain itu mesin kimpalan IGBT yang didatangkan percuma dengan rod kimpalan, pemegang elektrod dan kabel bumi.

Juga mesin kimpalan MIG dengan percuma pengatur gas, topi keledar kimpalan, MIG Torch, kabel bumi, wayar, MIG dan gas CO2.

Mesin kimpalan TIG pula percuma pengatur gas, TIG Torch dan kabel bumi.

Pam air berjenama Adelino, pemampat udara Airbank, penjana kuasa petrol dan pemotong rumput Sumo dan banyak lagi peralatan lain boleh didapati di sini.

Pihak Botra turut menjanjikan hadiah percuma dengan pembelian yang dibuat oleh pelanggan dalam tempoh enam hari itu.

Advertisement