Anda di sini

Pemulihan Proton tunjukkan peningkatan positif

Advertisement
 Pengamal media bergambar sempena DRB-HICOM Media Escapade 2019 yang diadakan di Melaka baru-baru ini.
KENANGAN: Pengamal media bergambar sempena DRB-HICOM Media Escapade 2019 yang diadakan di Melaka baru-baru ini.

MELAKA: Rancangan pemulihan Proton Holdings Bhd. (Proton) kini telah menunjukkan pengembangan yang baik khususnya selepas kejayaan pengenalan kenderaan utiliti sukan (SUV) yang baharu Proton X70 tahun lalu.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM, Datuk Seri Syed Faisal Albar berkata, langkah pemulihan Proton kini semakin menunjukkan arah yang semakin positif selepas pelancaran Proton X70.

“Sejak model ini dilancarkan, kami menerima lebih 20,000 tempahan X70 dan ianya semakin meningkat dari semasa ke semasa.  Daripada jumalah tersebut, 10 peratus daripadanya merupakan tempahan pelanggan dari Sabah dan Sarawak. Sejak dilancarkan, sebanyak 10,000 unit telah diserahkan kepada pelanggan ketika ini.”

“Untuk makluman ramai, Proton X70 merupakan satu-satunya kenderaan yang harganya tidak berbeza di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur. Selain itu, Proton juga telah meningkatkan pengeluaran barisan produk Iriz dan Persona yang telah menyokong pertumbuhan Proton,” katanya pada taklimat media sempena DRB-HICOM Media Escapade 2019 baru-baru ini.

Turut hadir pada taklimat media tersebut ialah, Ketua Pegawai Operasi, Perkhidmatan Korporatnya, Datuk Jezilee Mohamad Ramli, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd, Datuk Radzaif Mohamed, Ketua Pegawai Eksekutif Composite Technology Research Malaysia Sdn Bhd (CTRM), Shamsuddin Mohd Yusof, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM), Mohammed Sukor Ismail dan Ketua Pegawai Eksekutif Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS), Roslan Roskan.

Tambah Syed Faisal lagi, jalinan kerjasama Proton dengan Zhejiang Geely Holding Group Co Ltd (Geely) turut memainkan peranan dalam pemulihan Proton.

“Dua tahun lepas, DRB Hicom menjual 49.9 peratus pegangan dalam Proton kepada Geely bagi RM460.3 juta, dengan X70 menjadi kenderaan pertama dikeluarkan di bawah kerjasama Proton-Geely,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Syed Faisal berkata, Proton mampu menembusi pasaran Pakistan berikutan negara itu mempunyai kadar kenderaan yang rendah.

 “Mengikut statistik, di Pakistan, hanya 17 daripada 1000 orang memiliki kenderaan dan ini merupakan pasaran yang kami boleh terokai dan pada masa yang sama Proton turut berminat dengan pasaran Mesir yang berperanan sebagai pintu masuk ke pasaran lain di negara berjiran berdekatan.”

“Namun begitu, Proton masih menjalankan perbincangan dan kajian pasaran terhadap rancangan pengedarannya di Mesir dengan rakan tempatan Alpha Group Ezz Elarab,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement