Anda di sini

‘Game of Thrones’ semakin hampir dengan penamat

Advertisement
__alt__

SIRI televisyen fiksyen paling mahal, paling ditonton, paling dicetak rompak dan menerima paling banyak anugerah dalam sejarah … Menjelang permulaan musim kelapan dan terakhir ‘Game of Thrones’, AFP baru-baru ini mengimbau pencapaiannya yang memecah rekod.

- PENARAFAN YANG AMAT TINGGI -

Pertama kali disiarkan pada 2011 di saluran kabel HBO di Amerika Syarikat (AS), ‘Game of Thrones’ – atau GoT kepada peminatnya – tidak menjadi fenomena dalam sekelip mata. Namun audiensnya tidak pernah berhenti berkembang dan pada 2014, ia sudah memintas siri utama HBO, ‘The Sopranos’.

Bagi musim ketujuh pada 2017, perangkaan tontonan amat hebat sekali. Episodnya yang terakhir mencipta rekod sepanjang zaman di AS bagi TV kabel premium di sana dengan 16.5 juta orang yang menonton secara langsung atau striming pada hari transmisi dan 15 juta lagi yang menonton kemudian.

Rekod tontonan juga pecah di kebanyakan daripada 186 negara di mana ia ditayangkan, dengan Sky Atlantic di Britain dan OCS di Perancis yang menunjukkan episod pada tengah malam selari dengan tayangan perdananya di AS.

Namun perangkaan menjadi benar-benar mengagumkan apabila mengambil kira muat turun haram, dengan lebih satu bilion orang yang melihat salinan cetak rompak bagi musim ketujuh.

- BAJET AMAT BESAR -

Musim kelapan bagi ‘Game of Thrones’ dilaporkan sebagai musim TV paling mahal pernah dibuat, dengan bajet sebanyak AS$15 juta bagi satu episod, menjadikan kos musim keseluruhan sebanyak AS$90 juta.

Walaupun kebanyakan ini digunakan untuk membiayai lokasi mewah dan kesan khas, dua episod terakhir adalah sepanjang sejam 20 minit – hampir sepanjang filem Hollywood.

HBO tahu terdapat sedikit bahaya bahawa mereka tidak akan mendapatkan semula wang mereka, dan francais itu setakat ini membolehkan mereka mendapat lebih AS$1 bilion, menurut akhbar New York Times.

Pelaburan besar itu juga mencipta rekod bagi siri tersebut apabila ia menghasilkan 47 Anugerah Emmy daripada 128 pencalonan.

- RAHSIA TERTINGI -

Selepas empat episod bagi musim lima bocor sebelum ia disiarkan, penerbit merombak keselamatan mereka secara besar-besaran.

Untuk mengelirukan penggodam dan pencetak rompak, pengendali siri David Benioff dan D.B. Weiss telah membuat beberapa versi bagi episod terakhir, satu taktik yang pernah digunakan untuk ‘The Sopranos’ dan ‘Breaking Bad’.

Aktres Sophie Turner, yang membawa watak Sansa Stark, mengakui bahawa dia sendiri dipedaya untuk mempercayai sebuah versi tipu bagi siri terakhir.

Untuk memastikan tidak ada orang mengintip, penerbit mengambil langkah untuk menghentikan dron daripada melakukan terbang di lokasi penggambaran.

- TARIKAN PELANCONG -

Siri itu juga menguntungkan pelancongan, khususnya di Ireland Utara, di mana kebanyakan siri menjalankan penggambaran, dengan peminat yang melawat lokasi beramai-ramai di wilayah yang pada masa lalu paling dikenali kerana keganasan mazhab agama.

Iceland dan kota-kota Sepanyol, iaitu Girona di Catalan di utara negara dan Osuna dekat Seville, telah menyaksikan jumlah pelawat melonjak disebabkan oleh jelajah istimewa ‘Game of Thrones’.

Namun kota tepi pantai Croatia, Dubrovnik, lokasi bagi penggambaran ‘King’s Landing’, mendapati kita boleh mengalami benda baik yang keterlaluan. Ia terpaksa membataskan jumlah pelawat yang ia dapat terima di pusat purbanya yang indah.

- NAMA BAYI DOTHRAKI -

Anjing, ikan emas dan ramai bayi juga telah dinamakan sempena watak-watak dalam siri itu, dan Arya - selain ejaannya yang lain Aria - memasuki 20 nama paling popular bagi bayi perempuan di Britain pada tahun lepas.

Khaleesi, gelaran kehormat dalam bahasa rekaan Dothraki yang diberikan kepada Daenerys Targaryen, juga telah menjadi popular, dengan 466 kanak-kanak perempuan di AS dan 77 di Perancis yang dinamakan sempena ratu naga itu pada tahun lepas.

Siri itu juga mempunyai sesuatu umpama berkat campuran bagi haiwan peliharaan. Peter Dinklage, yang membawa watak ‘The Imp’ Tyrion Lannister, terpaksa merayu kepada peminat untuk berhenti membeli anjing ‘Siberian husky’ yang kelihatan sama dengan serigala yang dahsyat dalam siri itu.

Aktivis hak haiwan mengadu bahawa jumlah anjing ‘husky’ yang terbiar di Britain telah meningkat tujuh kali ganda sejak siri itu bermula.

- PEMINAT DI PEJABAT PRESIDEN -

Ketika beliau masih di Rumah Putih, Barack Obama mengakui amat meminati siri itu. Malah beliau meminta HBO melonggarkan peraturan mereka yang ketat untuk membolehkannya mengadakan pratonton bagi musim keenam.

Penggantinya di Pejabat Bujur, Donald Trump, telah menggunakan dengan meluas moto House of Stark (Kerabat Stark) ‘Winter is coming’ (Musim salji akan datang).

Apa yang menjengkelkan saluran itu dan beberapa pelakonnya, presiden AS itu telah mengubahsuai moto itu beberapa kali dalam tweet, termasuk mengenai Iran - “sekatan akan datang” - dan tembok sempadannya dengan Mexico: “Tembok itu akan datang.”

Bagaimanapun presiden itu dipercayai tidak mengambil iktibar daripada tembok ‘Game of Thrones’, yang ternyata sama sekali tidak berkesan untuk menghalang kemasukan haram Wildlings dan zombi White Walkers.

Musim kelapan dan terakhir ‘Game of Thrones’ akan mengadakan tayangan perdana di Asia pada waktu yang sama dengan AS esok, 15 April pada jam 9.00 pagi, dengan tayangan ulangan hari sama pada jam 10.00 malam, secara eksklusif di HBO (Astro 411 / 431 HD).

Siri itu juga boleh ditemui dalam HBO On Demand (menerusi Astro GO).

Episod baharu akan mengadakan tayangan perdana setiap Isnin pada masa yang sama.

Berdasarkan siri buku popular ‘A Song of Ice and Fire’, tulisan George R.R. Martin, siri fantasi popular yang memenangi banyak anugerah  Emmy ini menceritakan tentang perebutan kuasa yang epik di sebuah empayar yang besar dan ganas.

Barisan pelakon termasuk pemenang Emmy dan Golden Globe, Peter Dinklage, Nikolaj Coster-Waldau, Lena Headey, Emilia Clarke, Kit Harington, Sophie Turner, Maisie Williams, Liam Cunningham, Gwendoline Christie, John Bradley, Conleth Hill, Rory McCann, Hannah Murray, Iain Glen, Alfie Allen, Jacob Anderson, Nathalie Emmanuel dan Isaac Hempstead Wright. — AFP

Advertisement