Anda di sini

Patung seks dalam bilik suspek penagih dadah

Advertisement
Patung seks yang dijumpai dalam bilik suspek.
Patung seks yang dijumpai dalam bilik suspek.

KUCHING: Patung seks dan cakera padat cerita lucah antara barangan yang dijumpa dalam bilik seorang lelaki disyaki penagih dadah.

Lelaki bujang berusia 48 tahun itu dipercayai menggunakan syabu untuk meningkatkan nafsu seksnya di rumahnya di Bekenu, Miri.

Ketua Agensi Anti Dadah Kebangsaan  (AADK) Miri Mazalan Jikran berkata lelaki tersebut ditahan apabila ujian saringan awalnya positif syabu. 
 
"Pemuda yang masih bujang itu dipercayai mengambil syabu untuk meningkatkan nafsu dan melayan video lucah dan patung seks,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Dia merupakan antara 39 suspek penagih dadah yang diberkas menerusi 
operasi perdana Jawatankuasa Sehenti, pada malam Jumaat.

Dari jumlah mereka yang berumur antara 20-an dan 60-an itu, seorang suspek merupakan wanita.

Seramai 43 orang menjalani ujian air kencing merupakan penduduk Bekenu, Niah dan Miri.

Tiga puluh enam suspek akan disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah Rawatan dan Pemulihan 1983 dan tiga lagi akan disiasat dibawah Seksyen 6(3) akta yang sama. 

Operasi itu turut disertai Jawatankuasa Keselamatan Penduduk (JKP) dan RELA Miri.

Advertisement