Anda di sini

Harga terendah di Pasaraya Everwin Sungai Merah hingga 14 April

Advertisement
 Pasar Raya Everwin Sungai Merah di Sibu kelihatan sesak dengan kunjungan orang ramai sempena Hari Keahlian yang bermula semalam.
TAWARAN HEBAT: Pasar Raya Everwin Sungai Merah di Sibu kelihatan sesak dengan kunjungan orang ramai sempena Hari Keahlian yang bermula semalam.
__alt__

SIBU: Nikmati harga terendah untuk semua jenis barangan di Pasaraya Everwin Sungai Merah di sini sempena Hari Keahlian (Member Days) bermula 12 (semalam) hingga 14 April 2019.

Menurut Pengurus Cawangan Everwin Sungai Merah Wong Liong Tung berkata pengunjung yang mempunyai kad keahlian Pasaraya Everwin Sungai Merah akan menikmati harga keahlian yang sangat berbaloi untuk semua barang yang ada di pasar raya berkenaan.

“Bersempena Member Days ini, kami menawarkan harga yang sangat berpatutan untuk semua pelanggan kami yang mempunyai kad keahlian Everwin di sini.

“Tawaran hebat ini akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini (semalam) hingga 12 April,” kata Wong.

Tambahnya, untuk itu, selama 3 hari pasaraya Everwin Sg. Merah akan beroperasi dari 8 pagi hingga 11 malam.

Menurut Wong, harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah daripada harga normal.

Oleh itu, Wong menyeru semua pelanggan mereka yang mempunyai kad keahlian supaya datang beramai-ramai ke pasaraya Everwin Sg. Merah untuk menikmati harga terendah yang ditawarkan oleh mereka.

“Ini adalah antara keistimewaan yang kami berikan kepada semua pelanggan kami. Mereka yang belum mempunyai kad keahlian boleh mendaftar di sini dengan bayaran hanya RM5 sahaja,” katanya.

Advertisement