Anda di sini

SMK Tawau II sambut Majlis Anugerah Murid Cemerlang

Advertisement
PELAJAR SPM 2018 dan guru bergambar sempena majlis anugerah.
PELAJAR SPM 2018 dan guru bergambar sempena majlis anugerah.

TAWAU: Sekolah Menengah Kebangsaan Tawau II telah mengadakan Majlis Anugerah Murid Cemerlang yang diadakan di Institute of Science & Management, di sini hari ini.

Majlis untuk meraikan pelajar yang telah menunjukkan kecemerlangan yang diperolehi sepanjang tahun 2018 lalu.

Pegawai Pendidikan Daerah Tawau Rashidi Mohd Yassin berkata, dalam usaha merealisasikan cita-cita ke arah wawasan negara, kita dihadapkan dengan pelbagai cabaran dalam menerajui generasi masa kini serta cabaran dalam dunia pendidikan yang semakin rencam.

"Kita seharusnya tidak goyah dengan cabaran dan rintangan ini, selain itu ibubapa perlu menitikberatkan soal pembelajaran secara berterusan bukan sahaja di sekolah tetapi juga di rumah.

"Ibu bapa perlu memastikan usaha yang dimulakan oleh guru-guru di sekolah akan diteruskan apabila murid-murid berada di rumah," katanya.

Menurutnya, ibu bapa perlu mengorbankan masa dan tenaga, malah wang ringgit agar dapat membentuk modal insan yang mampu meneruskan perjuangan murni demi bangsa, agama dan negara.

"Melahirkan golongan pelajar yang cemerlang, semua pihak semestinya berganding bahu dan mengatur langkah untuk merealisasikan impian. Hasil gabungan dan kerjasama mantap yang terjalin, kecemerlangan akademik mampu digapai," tambahnya.

Beliau berkata, kita perlu menjadikan hubungan antara warga sekolah dan ibu bapa sebagai hubungan yang berasaskan rasa tanggungjawab, saling memerlukan dan sentiasa menyokong antara satu sama lain, seperti 'aur dengan tebing'.

Rashidi mengucapkan syabas dan tahniah kepada murid-murid yang diraikan atas pencapaian cemerlang mereka dalam peperiksaan Akhir Tahun, PT3 dan peperiksaan SPM 2018.

"Tahniah juga buat semua warga sekolah terutamanya murid-murid yang telah menempah kejayaan dalam bidang akademik dan kokurikulum.

"Semoga kejayaan anda akan menjadi pencetus dan pendorong budaya cemerlang kepada murid-murid lain pada masa hadapan," tegasnya.

Pengetua SMK Tawau II Mokhtar Hj Abd Rashid berkata, semua pelajar yang telah menerima keputusan yang cemerlang pada tahun lalu jadikan ianya sebagai pembakar semangat untuk terus cemerlang pada masa akan datang.

"Saya mewakili pihak sekolah merakamkan ucapan tahniah kepada semua pelajar yang telah menerima keputusan cemerlang dan telah mengharumkan nama sekolah.

"Sebagai ketua di sekolah ini juga berterima kasih kepada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus mengajar pelajar dan juga kepada PIBG sekolah yang memberikan kerjasama dalam merealisasikan setiap program di sekolah," katanya.

Beliau berkata, peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2018 telah menujukkan kecemerlangan yang memberangsangkan dengan gerd purata 4.95 peratus meningkat 0.15 peratus berbanding pada tahun 2017.

"Peningkatan ini telah disumbangkan oleh matapelajaran Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Matematik, Pendidikan Visual dan Tasawur Islam," katanya.

Menurutnya, SMK Tawau II ini berada di kelompok sekolah 10 terbaik di daerah Tawau dan berharap SPM tahun ini akan lebih cemerlang dan memperbaiki rekod dan kedudukan sekolah.

Dalam majlis tersebut Mohd Hashim Ahmah telah dinobatkan sebagai pelajar terbaik SPM dan Tokoh Pelajar pada tahun 2018.

  • oleh
  • Advertisement