Anda di sini

Seksual terhadap dua cucu, lelaki ketahui nasib 24 Mei

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menetapkan pada 24 Mei untuk menyampaikan keputusan terhadap seorang lelaki yang didakwa melakukan kesalahan seksual terhadap dua cucu perempuannya.

Hakim Azreena Aziz membuat keputusan itu terhadap tertuduh yang berusia 49 tahun, setelah perbicaraan penuh dijalankan.

Sebelum ini, tertuduh diperintahkan membela dirinya atas dua pertuduhan itu mengikut Seksyen 15 (a) (i) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Tertuduh didakwa merangsang mangsa berusia tiga tahun pada waktu kejadian memegang kemaluannya, pada 19 September 2017 jam 6.30 petang di sebuah rumah, di sini.

Tuduhan kedua, dia didakwa merangsang mangsa berusia empat tahun iaitu kakak mangsa pertama, pada hari dan di tempat yang sama.

Jika didapati bersalah atas pertuduhan berkenaan, boleh dikenakan penjara selama tempoh 10 tahun dan sebat.

Pertuduhan asal yang dikenakan terhadap tertuduh mengikut Seksyen 14 (a) akta sama, yang memperuntukkan penjara 20 tahun dan sebat.

Sepanjang prosiding perbicaraan seramai lima saksi daripada pihak pendakwaan manakala dua saksi daripada pihak pembelaan.

Peguam Kimberly Ye Wan Chuin mewakili tertuduh dan Timbalan Pendakwaraya Dinesh Raja melakukan pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement