Anda di sini

PPBM mahu berkawan bukan menjadi lawan sesama parti kerajaan

Advertisement
70 saat) Sabah, Muhammad Saiful Nizam Ramlan (dua kiri) yang akan mewakili Sabah ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor. Saiful turut ditemani Pengarah Kolej Vokasional Tawau Ahmad Fakhrurazi Hamzah (kiri).
NIZAM menerima kunjungan hormat pemegang rekod acara 400 meter lari berpagar (55:70 saat) Sabah, Muhammad Saiful Nizam Ramlan (dua kiri) yang akan mewakili Sabah ke Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) di Johor. Saiful turut ditemani Pengarah Kolej Vokasional Tawau Ahmad Fakhrurazi Hamzah (kiri).

TAWAU: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mahu berkawan bukan menjadi lawan sesama parti memerintah untuk memastikan kepentingan rakyat dan Sabah sentiasa diberikan fokus utama kerajaan.

Ketua Penaja PPBM Sabah Bahagian Tawau Datuk Nizam Abu Bakar Titingan berkata PPBM Sabah juga parti kerajaan selaku komponen Pakatan Harapan (PH).

“Kerajaan hari ini terbentuk hasil kerjasama parti-parti yang bersatu dalam PH, begitu juga Parti Warisan Sabah (Warisan) yang menjalin persefahaman dengan PH.

“Kemasukan PPBM ke Sabah hasil permintaan rakyat sendiri dan kita menyokong dasar atau keputusan Kerajaan Negeri yang bermanfaat untuk rakyat,” katanya.

Nizam berkata kemasukan PPBM ke Sabah juga memberi tambahan pilihan kepada rakyat di negeri ini membuat pilihan parti yang sesuai dengan kehendak mereka.

Beliau berkata dalam era Kerajaan Baharu, kritikan membina boleh diberikan, namun bukan bertujuan untuk menjatuhkan, tetapi memperkuatkan lagi kerajaan sedia ada.

“Kita harus membantu usaha kerajaan mensejahterakan rakyat dan berusaha untuk memenuhi segala janji manifesto yang sudah dilontarkan pada pilihan raya umum.

“Seperti yang diamanahkan Perdana Menteri merangkap Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa kita harus bekerja keras,” katanya, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau menafikan tuduhan kononnya penghijrahan lapan Ahli Dewan Undangan Negeri dan enam Ahli Parlimen ke PPBM, didorong kepentingan peribadi.

“Tuduhan itu tidak benar kerana kami berhijrah secara berjemaah dan keputusan ini bukan saya seorang, tetapi melibatkan bilangan Wakil Rakyat yang cukup besar.

“Kita berhijrah untuk memastikan kepentingan rakyat dan negeri ini terus relevan seiring kemajuan Malaysia, lagipun Tun Dr Mahathir pemimpin besar,” katanya.

Menurutnya, kepimpinan Tun Dr Mahathir sudah terbukti di seluruh dunia, malah mampu membawa nama baik negara ke persada antarabangsa dan cukup dihormati.

Menyentuh perkembangan berkaitan, beliau mengesahkan bahawa setakat ini terdapat seramai kira-kira 5, 000 orang sudah mengisi borang menjadi ahli PPBM Tawau.

“Kita yakin angka itu akan terus bertambah dan ketika ini kita masih menunggu pengesahan daripada Pendaftar Pertubuhan untuk membuka bahagian secara rasmi.

“Terdapat seramai kira-kira 56, 000 pengundi berdaftar di Bahagian Tawau dan kita akan terus bekerja keras untuk menambah ahli dari masa ke semasa,” katanya.

Ditanya mengenai keputusannya meninggalkan Umno pula, Nizam menyifatkan politik itu sebagai dinamik, tidak statik dan perlu dilihat dalam skop yang besar.

  • oleh
  • Advertisement