Anda di sini

Pelajar perlu ada personaliti positif untuk maju

Advertisement
JOHAIR diiringi oleh Pengetua SMK Kota Klias Md Saffie Md Salleh memukul gong sebagai simbol perasmian majlis tersebut.
JOHAIR diiringi oleh Pengetua SMK Kota Klias Md Saffie Md Salleh memukul gong sebagai simbol perasmian majlis itu.

BEAUFORT: Golongan pelajar perlu mempunyai personaliti tersendiri yang memberi impak positif kepada orang di sekeliling mereka untuk menempa kejayaan gemilang dalam kehidupan masing-masing.

Pemimpin Pembangunan Masyarakat kawasan Klias Hajah Johair Matlani berkata, personaliti yang baik ini hanya mampu dibentuk dengan rutin disiplin yang tinggi serta matlamat yang jelas dan ia memerlukan sokongan semua pihak terutama guru, ibu bapa dan masyarakat.

"Pelajar tidak boleh bergantung sepenuhnya terhadap pembelajaran semasa berada di dalam kelas tapi perlu ada kesungguhan untuk mencari nilai tambah semasa berada di rumah untuk mengulang kaji pelajaran.

"Ibubapa pula berilah harapan dan pujian untuk anak anak kerana sokongan seperti ini mampu memberikan mereka motivasi dan membentuk keperibadian mulia anak anak mereka," katanya.

Beliau yang juga Ketua Bahagian Parti Warisan Sabah bahagian Beaufort berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Anugreh Pelajar Cemerlang SMK Kota Klias dekat sini pada Khamis.

Hadir sama Pengetua SMK Kota Klias Md .Saffie MD Salleh dan Yang Dipertua SMK Kota Klias.

Menurut Hajah Johair bagi menempah kejayaan pelajar perlu mempunyai personaliti yang hebat usaha,disiplin serta kesungguhan perlu ada dalam diri mereka mencapai kejayaan dalam kehidupan.

"Pendidikan merupakan elemen utama yang boleh merubah masa depan pelajar yang manfaatnya untuk diri sendiri ,keluarga,masyarakat dan negara," katanya.

Tambah beliau, kerajaan telah menyediakan kemudahan dan bantuan untuk memperkasakan pendidikan di negara ini,justeru pelajar dan ibubapa perlu memanafaatkan peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Advertisement