Anda di sini

Lelaki didenda RM2,000, jalani peniagaan hiburan lebih masa

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki didenda RM2,000 atau penjara dua minggu, oleh Mahkamah Majistret di sini Rabu, atas kesalahan menjalankan perniagaan hiburan awam melebihi masa yang ditetapkan.

Jefferey Hugh Joseph, 56, dikenakan hukuman denda itu oleh Majistret Stephenie Sherron Abbie, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 4 (1) Ordinan Hiburan Awam 1958.

Hukuman yang diperuntukkan, boleh didenda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga tempoh setahun, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh didapati membuka dan menjalankan operasi hiburan melebihi masa, pada 7 April tahun ini, jam 2.55 pagi di sebuah premis hiburan, Lintas Square, di sini.

Mengikut fakta kes, sepasukan polis membuat serbuan di sebuah premis hiburan yang beroperasi melebihi masa dibenarkan.

Dalam rayuan pula, tertuduh memohon hukuman diringankan kerana baru sahaja bekerja di premis berkenaan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

  • oleh
  • Advertisement