Anda di sini

Lelaki 25 tahun bebas tuduhan tipu pakej telefon bimbit

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki berusia 25 tahun dibebas dan dilepaskan oleh Majistret di sini, daripada tuduhan menipu lelaki lain sehingga menyebabkan kerugian RM859.35.

Majistret Stephenie Sherron Abbie membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie terhadap tertuduh.

Aries Rayan Philip Among didakwa memperdayakan Mohd Syapiq Taleh, 21, dengan sengaja mendorong pengadu membuat pendaftaran pakej telefon bimbit.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan iaitu penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Mahkamah turut mengarahkan wang jaminan dikembalikan kepada tertuduh.

Semasa prosiding pendakwaan, lima orang saksi dipanggil untuk memberi keterangan.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa ASP Sabrina Jinius.

  • oleh
  • Advertisement