Anda di sini

Lebih 50 sertai pertandingan menembak sempena Hari Polis Ke-212

Advertisement

LEBIH 50 peserta terdiri daripada anggota polis, jabatan kerajaan dan pengamal media memeriahkan Pertandingan Menembak Sempena Sambutan Hari Polis Ke-212 di Lapangan Sasar Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Limbang,  kelmarin.

Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Mohd Bukhori Saffai berkata pertandingan itu yang julung kali diadakan melibatkan pelbagai jabatan kerajaan lain.

Pelbagai aktiviti diadakan termasuk acara menembak berkumpulan dan berseorangan VIP, tembak berkumpulan dan perseorangan antara jabatan, acara tembak jatuh piring perseorangan dan antara jabatan dan acara tembak jemputan khas.

Sementara itu pengamal media dari See Hua Daily News Wong Yii Ping muncul johan pertandingan acara tembak jemputan khas menewaskan peserta dari Radio Televisyen Malaysia (RTM) Limbang.

Turut sama ialah Majistret Mohd Hafizi Abdul Halim, wakil Pegawai Daerah Limbang Hamidah Halpi, Pengerusi Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) Limbang Asiah Hasan dan ketua-ketua jabatan kerajaan lain.

Advertisement