Anda di sini

Jari selamat dikebumikan

Advertisement
ISTERI Allahyarham serta anak dan keluarga menyiram air ke pusara Arwah Jari selepas selamat dikebumikan.
ISTERI Allahyarham serta anak dan keluarga menyiram air ke pusara Arwah Jari selepas selamat dikebumikan.

SANDAKAN : Jenazah nelayan Malaysia, Allahyarham Jari Abdullah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sim-Sim, pagi tadi.

Jenazah Allahyarham Jari telah selamat tiba di Kargo Lapangan Terbang Sandakan menerusi penerbangan MAS dari Kota Kinabalu kira-kira jam 7.45 pagi hari ini.

Sejurus tiba, jenazah dibawa ke Surau Al-Furqan Kampung Sim-Sim, Sandakan, dan tiba kira-kira jam 8.20 pagi untuk urusan dimandikan dan solat jenazah.

Jenazah arwah Jari kemudiannya diangkat ke tanah perkuburan yang terletak bersebelahan masjid itu dan selamat dikebumikan kira-kira 9.35 pagi.

Balu mangsa, Nadin Junianti Najiri,25, bersama tiga anak mereka, 7,5 dan 1, bersama ibu mertua dan keluarga Allahyarham Jari serta rakan terdekat juga dilihat hadir.

Turut hadir, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Sekong Ariffin Asgali, mewakili Ketua Menteri Sabah dan Pemimpin Pembangunan Masyarakat Tanjung Papat Abdul Basid Osman, mewakili Adun Tanjung Papat.

Nadin ketika ditemui berkata pemergian arwah suaminya merupakan anak kedua dari tiga beradik adalah ketentuan Allah dan redha dengan apa yang berlaku.

Ibu kepada Arwah jari, Juana Lautu , 54, menyifatkan pemergian anak lelakinya itu adalah surat takdir yang telah ditentukan Allah.

“Kita doakan yang baik-baik kepada arwah agar ditempatkan di kalangan orang beriman diampuni dosanya,” katanya.

Difahamkan, arwah Jari , 34, mengembuskan nafas terakhir di sisi ibunya di West Metro Medical Centre, Zamboanga City, Mindanao kira-kira jam 1.17 tengahari Selasa.

Jari parah selepas terkena tembakan di kepala dan dada ketika menyelamatkan diri daripada menjadi tebusan kumpulan Abu Sayaf pada 4 April lepas di Pulau Simusa, Sulu.

Mangsa kemudiannya ditemui pasukan keselamatan Filipina sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.

Juana amat berterima kasih kepada pihak kerajaan dan semua pihak yang membantu membawa balik jenazah anaknya ke Sandakan.

Dua rakannya, warga Indonesia yang turut diculik berjaya ditemui oleh pasukan keselamatan tetapi seorang dikenali sebagai Hariandin, 45, ditemui lemas dan Heri Ardiansyah, 19, selamat.

Allahyarham Jari antara tiga nelayan yang diculik Abu Sayyaf pada 6 Disember 2018 semasa menangkap ikan di Perairan Pegagus Reef Kinabatangan.

  • oleh
  • Advertisement