Anda di sini

Fella Design di CityONE tawar diskaun hingga 70 peratus

Advertisement
 Pelbagai pilihan fabrik yang diimport dari lebih 50 negara untuk dipadankan dengan set sofa dan langsir.
MACAM-MACAM ADA: Pelbagai pilihan fabrik yang diimport dari lebih 50 negara untuk dipadankan dengan set sofa dan langsir.

KUCHING: Pusat perabot terkemuka, Fella Design di CityONE Megamall di sini menawarkan diskaun sehingga 70 peratus ke atas koleksi set meja makan sehingga 21 April ini.

Sebagai tambahan, bermula 26 April hingga 12 Mei ini, Fella Design turut menawakran diskaun sehingga 70 peratus ke atas semua produknya yang dipamer untuk dijual di pusat pameran ini.

Ini termasuk set bilik tidur dan set sofa yang didatangkan dalam pelbagai gaya dan fabrik dari klasik, moden klasik, moden, moden klasik hingga ke kontemporari.  

Menurut pengurus cawangannya Michael Tiong, matlamat Fella Design adalah untuk meningkatkan gaya hidup pembelinya.

“Fella Design mempunyai lebih daripada 100 model sofa dengan pelbagai gaya dan fabrik untuk pilihan para pembeli.

“Untuk fabrik pula, Fella Design mempunyai lebih daripada 1,000 pilihan fabrik yang diimport dari pelbagai negara untuk langsir selain dipadankan dengan set sofa,” katanya.

Untuk kepuasan katanya, pembeli juga memilih model dan fabrik sofa mengikut cita rasa masing-masing dan akan dibuat di kilang Fella Design yang terletak di Shah Alam dalam masa dua bulan.

 Set bilik tidur pelbagai gaya dan model yang bertaraf antarabangsa.
CITA RASA MASA KINI: Set bilik tidur pelbagai gaya dan model yang bertaraf antarabangsa.

Pembeli juga tidak perlu risau kerana rangkaian produk Fella Design turut didatangkan dengan jaminan setahun mengikut keperluan.

Sebagai antara pusat perabot yang telah bertapak lama dalam industri, Fella Design kini mempunyai 17 bilik pameran di seluruh negara.

Satu-satunya bilik pameran di Kuching dibuka sejak tahun 1994 di Simpang Tiga sebelum berpindah ke CityONE Megamall hujung tahun lepas.

Fella Design juga merancang untuk membuka beberapa cawangan lagi di bandar-bandar utama di Sarawak antaranya Miri, Sibu dan Bintulu.

Semua rangkaian produk Fella Design bertaraf   antarabangsa dan berharga antara RM4,000 hingga RM50,000.

Advertisement