Anda di sini

Dua bersaudara bebas tuduhan rogol adik kandung berumur 17 tahun

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Dua lelaki bersaudara mampu menarik nafas lega apabila dibebaskan atas tuduhan melakukan rogol berkumpulan terhadap adik perempuan kandung mereka sendiri.

Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohamad Salim membebaskan dan melepaskan kedua-dua tertuduh yang masing-masing berusia 24 dan 26 tahun, setelah pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap mereka.

Dalam penghakimannya, beliau menyatakan kenyataan mangsa dan laporan perubatan yang dikemukakan pihak pendakwaan ketika perbicaraan tidak dapat menyokong semua elemen pertuduhan itu.

Menurutnya adalah tidak selamat memanggil kedua-dua tertuduh membela diri mereka berdasarkan bukti dan keterangan yang dinyatakan sehingga kes diperingkat akhir pendakwaan.

Kedua-dua tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 17 tahun dua bulan, pada 6 Jun tahun lalu jam 2 pagi di sebuah rumah kampung, di daerah Papar.

Hukuman yang diperuntukkan mengikut Seksyen 375 Kanun Keseksaan, penjara antara 10 tahun hingga 30 tahun jika sabit salah.

Sepanjang perbicaraan kes pada peringkat pendakwaan, seramai enam saksi dipanggil memberikan keterangan.

Peguam Farazwin Haxdy mewakili kedua-dua tertuduh dan Timbalan Pendakwaraya Megat Mahathir melakukan pendakwaan.

  • oleh
  • Advertisement