Anda di sini

Bayi mati tersedak susu: Wanita direman

Advertisement
 Seorang wanita direman bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai akibat tersedak susu ketika berada di bawah jagaannya mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. — Gambar Bernama
DIREMAN: Seorang wanita direman bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai akibat tersedak susu ketika berada di bawah jagaannya mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan. — Gambar Bernama

JOHOR BAHRU: Seorang wanita direman satu hari mulai semalam bagi membantu siasatan berhubung kematian seorang bayi lelaki berusia empat bulan dipercayai akibat tersedak susu ketika berada di bawah jagaannya mengikut Seksyen 304A Kanun Keseksaan.

Perintah reman berkenaan dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Nur Hidayah Abdul Manaf bermula semalam dan berakhir jam 11.59 malam ini (semalam).

Wanita berusia 39 tahun yang juga merupakan pengasuh kepada mangsa, Haraz Mohd Hafez, itu tiba di Bilik Reman Kompleks Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini kira-kira 11 pagi diiringi peguam bela Mohd Salleh Tugimin.

Kelmarin, media melaporkan seorang bayi meninggal dunia dipercayai tersedak susu ketika berada di rumah pengasuhnya di Jalan Merdeka dekat Kampung Melayu Majidee di sini, petang Selasa.

Bapa mangsa, Muhd Hafez Mohamed menerima panggilan daripada pengasuh kira-kira jam 2 petang mendakwa anaknya itu tidak sedarkan diri sebelum bergegas ke rumah pengasuh anaknya itu.

Bayi itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa disebabkan ‘aspiration Pneumonia’ iaitu disebabkan susu masuk ke bahagian paru-paru mangsa sekali gus membawa kepada kekurangan oksigen. — Bernama

Advertisement