Anda di sini

Rombongan PEMADAM Daerah Kuching lawat Tawau

Advertisement
 Rombongan bersedia bertolak dari LTAK ke Tawau.
BERTOLAK: Rombongan bersedia bertolak dari LTAK ke Tawau.

SERAMAI 42 ahli Exco Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) Daerah Kuching telah mengadakan lawatan ke Tawau bermula 3 sehingga 7 April lepas.

Menurut kenyataan penganjur, lawatan adalah untuk mengeratkan tali silaturahim dalam kalangan ahli-ahli PEMADAM Daerah Kuching dan Tawau.

Rombongan dibawa ke beberapa lokasi untuk lawatan sambil belajar yang berpotensi dan berimpak tinggi untuk para ahli.

 Alijus@Mohd berucap pada Pesta Aneka Makanan sempena Tahun Melawat Tawau 2019.
SELAMAT DATANG: Alijus@Mohd berucap pada Pesta Aneka Makanan sempena Tahun Melawat Tawau 2019.
 Rombongan PEMADAM Daerah Kuching dan ahli-ahli PEMADAM Daerah Tawau bergambar di hadapan bangunan Teck Guan Cocoa Museum Tawau.
TIMBA PENGALAMAN: Rombongan PEMADAM Daerah Kuching dan ahli-ahli PEMADAM Daerah Tawau bergambar di hadapan bangunan Teck Guan Cocoa Museum Tawau.

Rombongan PEMADAM Daerah Kuching diketuai oleh Pemanca Rosli Sahari serta Pegawai Perhubungan PEMADAM Tawau, Datin Amallia Abdul Kahar.

Ahli-ahli PEMADAM Daerah Kuching berkesempatan melawat kilang pemprosesan Coco Teck Guan Tawau serta kilang pemprosesan keropok amplang dan seterusnya menghadiri majlis makan malam di kediaman Pengerusi PEMADAM Perbandaran Tawau (ANNEX), TPr Alijus@Mohd Ali Sipil.

Rombongan turut melawat Semporna dan menghadiri Perasmian Pesta Aneka Makanan bersempena Tahun Melawat Tawau 2019.

Advertisement