Anda di sini

Irau Aco Lun Bawang 31 Mei hingga 2 Jun di Dataran Bandar Lawas

Advertisement
 Peserta Ruran Ulung dan Padan Liu Burung 2018.
MEMUKAU: Peserta Ruran Ulung dan Padan Liu Burung 2018.

IRAU Aco Lun Bawang (Pesta Lun Bawang) anjuran Persatuan Lun Bawang Sarawak (PLBS) akan diadakan dari 31 Mei hingga 2 Jun di Dataran Bandar Lawas.

Pengerusi penganjur Petrus Lasong berkata, pesta anjuran ke-32 ini dijangka menarik kira-kira 30,000 pelawat.

“Irau Aco Lun Bawang merupakan perhimpunan terbesar bagi penduduk dari masyarakat suku kaum Lun Bawang di Sarawak dengan penyertaan daripada kumpulan etnik Lun Bawang lain dari Sabah, Brunei dan Kalimantan, Indonesia.

“Selain itu, semua cawangan-cawangan di bawah Persatuan Lun Bawang Sarawak termasuklah dari seluruh Sarawak, Sabah dan Semenanjung Malaysia akan terlibat dalam pesta tiga hari tersebut,” jelas beliau kepada Utusan Borneo ketika dihubungi baru-baru ini.

 Perarakan Irau Aco Lun Bawang turut disertai kontinjen dari Tenom, Sabah.
MENARIK: Perarakan Irau Aco Lun Bawang turut disertai kontinjen dari Tenom, Sabah.

Menurut Petrus, sepanjang tiga hari Irau Aco Lun Bawang dilangsungkan, ia memberi penekanan dalam mempamerkan kekayaan budaya dan warisan suku kaum Lun Bawang dengan pengisian pelbagai aktiviti seperti pertunjukan kebudayaan dan bengkel, permainan tradisional serta menyerlahkan masakan tempatan, kraf tangan dan produk hasilan tempatan serta beberapa program seni dan muzik, pertunjukan fesyen dan puisi tradisional dalam bahasa Lun Bawang.

“Antara kemunculan lain termasuk pertandingan pancaragam buluh antara setiap kampung.

“Acara kemuncak Irau Aco Lun Bawang iaitu pertandingan Ruran Ulung dan Padan Liu Burung yang merupakan pertandingan ratu cantik dan pahlawan untuk masyarakat Lun Bawang di mana akan melibatkan peserta-peserta dari semua cawangan persatuan termasuk luar negara iaitu Brunei dan Kalimantan, Indonesia,” tambah beliau.

Untuk maklumat lanjut, layari Irau Aco Lun Bawang di laman Facebook.

  • oleh
  • Advertisement