Anda di sini

IAB terus berusaha lahir bakal guru besar, pengetua pakar dalam profesion

Advertisement
 Peserta Kumpulan  SRSW3 NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019 dari IAB Cawangan Sarawak bersama para ibu murid SK Bako melukis mural di dinding sekolah terbabit
AKTIVITI: Peserta Kumpulan SRSW3 NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019 dari IAB Cawangan Sarawak bersama para ibu murid SK Bako melukis mural di dinding sekolah terbabit
 Murid tahun enam SK Bako berkumpul semasa melakukan demonstrasi Projek Sains Roket Air.
KERJASAMA: Murid tahun enam SK Bako berkumpul semasa melakukan demonstrasi Projek Sains Roket Air.
 Ismail, Hairee dan peserta Kumpulan SRSW3 NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019 dari IAB Cawangan Sarawak merakam kenangan bersama murid SK Bako pada program berkenaan semalam.
UNTUK ALBUM: Ismail, Hairee dan peserta Kumpulan SRSW3 NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019 dari IAB Cawangan Sarawak merakam kenangan bersama murid SK Bako pada program berkenaan semalam.

INSTITUT Aminuddin Baki (IAB) terus berusaha melahirkan bakal guru besar dan pengetua yang memiliki kepakaran dalam melaksanakan perkhidmatan profesion perguruan negara.

Program Jalinan Pintar Korporat (JPK) merupakan strategi untuk melatih bakal guru yang berpotensi cemerlang melaksanakan sumbangan kepada komuniti secara berintegriti, mesra dan bermanfaat kepada pembangunan sosial.

Ketua Kumpulan SRSW3 Program Kelayakan Profesional Kepimpinan Pendidikan Kebangsaan (NPQEL) 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019 daripada IAB Cawangan Sarawak Ismail Sabi berkata, program itu dilaksanakan dengan harapan kemenjadian pemimpin berkemahiran dalam institusi sekolah.

“IAB fokus melahirkan pemimpin dalam guru berkebolehan menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membina jaringan dan dapat berkomunikasi dengan berkesan.

“Bagi mencapai matlamat itu, peserta kursus NPQEL 2.0 selaku bakal guru besar dan pengetua yang memimpin sekolah dilatih dan dibimbing oleh pensyarah IAB secara terperinci,” katanya ketika ditemui pada Program Jom Ceriakan Sekolah Kebangsaan (SK) Bako di sini, semalam.

Menurutnya, mereka akan dilatih bagaimana untuk membuat jaringan dan jalinan dengan mana-mana tokoh atau agensi korporat yang berminat mendapatkan khidmat program jalinan pintar.

“Misalnya, hari ini kita menganjurkan program Jom Ceriakan SK Bako yang merupakan salah satu program JPK dengan melibatkan kerjasama komuniti setempat, organisasi sekolah, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

“Dalam program ini, kita telah membuat pelbagai  aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan kepada kumpulan sasaran iaitu murid-murid dari tahun tiga hingga enam di sekolah ini.  

“Antara antiviti yang dilakukan dalam program sehari ini ialah Projek Sains Roket Air, Permainan Bola Sepak Matematik, Projek Got Talent dan Aktiviti Mural melibatkan penyertaan ibu bapa,” ujarnya.

Aktiviti itu katanya, bertujuan menarik minat murid dengan mata pelajaran kritikal seperti Matematik, Sains dan Bahasa Inggeris, mencungkil bakat  mereka dalam pelbagai aktiviti serta membina keyakinan diri serta kepimpinan dalam kalangan rakan pelajar.

“Pada masa sama, program itu dapat memberi ruang kepada seramai 25 peserta kursus Kumpulan  SRSW3 NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019 dari IAB Cawangan Sarawak berkolaboratif menghasilkan idea-idea yang bernas dan menarik dalam aspek pendidikan,” katanya.

Dalam pada itu, turut diadakan pada program tersebut ialah taklimat mengenai kepentingan menabung dan pelaburan masa depan untuk menjamin masa depan anak oleh Maybank.

Sementara itu, Guru Besar SK Bako Hairee Muhamad memuji program IAB  dan berharap ia akan diteruskan pada masa depan.

“Program sebegini bukan hanya memberi manfaat kepada bakal guru tetapi juga kepada murid, komunti setempat dan pihak sekolah.

“Oleh itu, saya  amat berbesar hati dan berterima kasih kepada IAB Cawangan Sarawak kerana memilih sekolah ini (SK Bako) sebagai menempatkan peserta Kumpulan  SRSW3 NPQEL 2.0 Ambilan 1 Tahun 2019 dari IAB Cawangan Sarawak untuk mengadakan program JPK ini.

”Sesungguhnya peluang ini tidak akan kami lepaskan demi menambah pengetahuan murid selain memberi kesedaran kepada ibu bapa untuk bekerjasama dengan pihak sekolah demi kejayaan dan masa depan anak-anak mereka,” ujarnya sambil memberitahu, SK Bako mempunyai seramai 348  murid termasuk prasekolah.

  • oleh
  • Advertisement