Anda di sini

Kompleks Peryatim Kemunyang jayakan Pertandingan Masterchef 2019

Advertisement
 Pertandingan Masterchef Kompleks Peryatim Kemunyang dimulakan dengan aktiviti senamrobik.
PANASKAN BADAN: Pertandingan Masterchef Kompleks Peryatim Kemunyang dimulakan dengan aktiviti senamrobik.
 Kehadiran Yusnar (tiga kiri) menyerikan Pertandingan Masterchef Kompleks Peryatim Kemunyang.
TURUT SERTA: Kehadiran Yusnar (tiga kiri) menyerikan Pertandingan Masterchef Kompleks Peryatim Kemunyang.
SIAPA MENANG?: Juri merasa hidangan yang telah siap untuk pengiraan markah.
SIAPA MENANG?: Juri merasa hidangan yang telah siap untuk pengiraan markah.
 Peserta berbincang sesuatu selepas menyiapkan hidangan mereka.
BERKEBOLEHAN: Peserta berbincang sesuatu selepas menyiapkan hidangan mereka.

KIRA-KIRA 60 anak yatim Kompleks Peryatim Kemunyang, Sibu menjayakan Pertandingan Masterchef 2019 di Sibu, baru-baru ini.

Program yang berlangsung di dewan makan kompleks berkenaan diserikan dengan kehadiran Ahli Lembaga Peryatim Sarawak merangkam Pengerusi Exco Peryatim Sibu, Dato Mohd Yusnar Matalie.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Pertubuhan Kebajikan Islam (PERKIM) Cawangan Sibu dan Warisan Anak Seni Sarawak (WARIS).

Antara tujuannya ialah untuk memberi pengalaman baharu, mengasah kemahiran memasak dan meningkatkan semangat kerjasama berkumpulan dalam kalangan penghuni kompleks tersebut.

Di samping itu, pihak yang bekerjsama dan kakitangan pengurusan Kompleks Peryatim Sibu dapat mengeratkan lagi hubungan dengan anak-anak yatim berkenaan.

Penilaian masakan dikendalikan oleh timbalan pengerusi PERKIM Sibu Jamelah Imit dan Chef Yusri Ali Rahman dari Restoran Normahsara Piza Abang Barieng Sibu.

Turut hadir ialah Pengurus Kompleks Peryatim Sibu Najilanisa Suhaili, ahli-ahli PERKIM dan ahli-ahli Waris yang lain.

  • oleh
  • Advertisement