Anda di sini

Wanita Filipina ditahan miliki syabu bernilai RM3,220

Advertisement
MOHAMMAD AZWAN
MOHAMMAD AZWAN

KINABATANGAN: Seorang wanita warga Filipina ditahan berhubung penemuan dadah jenis syabu dianggarkan bernilai RM3,220 di sebuah rumah kongsi pekerja sebuah ladang di sini pada 2 April lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kinabatangan ASP Mohammad Azwan Abdul Wahab berkata, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah dan Narkotik (BSJN) IPD Kinabatangan membuat serbuan di rumah kongsi terbabit kira-kira jam 9.10 malam kerana disyaki ada kegiatan dadah berbahaya.

"Hasil serbuan dan pemeriksaan, menahan seorang wanita yang berada di ruang tamu rumah berkenaan.

"Dalam pemeriksaan menjumpai paket plastik lutsinar jernih sederhana besar berlainan saiz di dalamnya mengandungi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tangkapan bersama barang kes dibawa ke IPD Kinabatangan untuk tindakan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.