Anda di sini

Tun Juhar santuni pelajar Tahfiz Darul Hadis

Advertisement
MOHD Rashid (tengah, belakang) bergambar bersama para pelajar Pusat Tahfiz Darul Hadis Putatan.
MOHD Rashid (tengah, belakang) bergambar bersama para pelajar Pusat Tahfiz Darul Hadis Putatan.

KOTA KINABALU: Yang Dipertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni menyantuni 30 pelajar Mahad Tahfiz Darul Hadis Putatan.

Setiausaha Perhubungan Istana Datuk Mohd Rashid Mohd Tahir berkata, Tun Juhar dan Toh Puan Norlidah juga berkenan menunaikan solat fardhu Maghrib dan Isyak berjemaah dengan para pelajar berkenaan yang diimamkan oleh Pegawai Agama Istana Imran Angun.

Selain itu, rombongan diketuai Timbalan Mudir Mohamad Nasir Othman bersama dua lagi guru pengiring itu turut menjayakan majlis bacaan Surah Yassin dan tahlil di Surau Istana Negeri, pada Jumaat malam.

  • oleh
  • Advertisement