Anda di sini

Pejalan kaki wanita cedera dilanggar semasa melintas jalan

Advertisement
KEADAAN mangsa selepas dilanggar di Jalan Tun Abdul Razak awal pagi tadi.
KEADAAN mangsa selepas dilanggar di Jalan Tun Abdul Razak awal pagi tadi.

KOTA KINABALU: Seorang pejalan kaki wanita mengalami kecederaan semasa melintas jalan selepas dilanggar sebuah kereta jenis kompak di Jalan Tun Abdul Razak awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata kejadian jam 7.46 pagi membabitkan seorang pejalan kaki berumur 22 tahun yang bekerja sebagai pembantu kedai makan beralamat di Manggatal.

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati pemandu kereta jenis kompak berumur 29 tahun dalam perjalanan dari Petagas menuju ke pusat bandaraya.

“Apabila tiba di lokasi kejadian pemandu wanita tidak sempat menekan brek keretanya dan terlanggar mangsa yang ketika itu melintas jalan,” katanya.

Menurutnya mangsa yang mengalami kecederaan segera dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk menerima rawatan selanjutnya.

Habibi berkata mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan masih dirawat di hospital pada masa ini.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Beliau juga menasihatkan pengguna jalan raya untuk berhati-hati ketika memandu dan pejalan kaki turut dinasihatkan untuk menggunakan kemudahan jejantas yang disediakan bagi mengelakkan kemalangan.

  • oleh
  • Advertisement